Sabtu, 17 Julai 2010

Lokasi Memancing Port Kelang

Memandangkan aku menetap kat Sementa, Klang so pot pancing yg selalu aku kunjungi adalah Port Kelang. So kat sini aku citer jer la pot2 pancing kat sekitar Port Kelang stakat yg aku tahu. So jika ade sape2 yg sudi nk kongsi cerita leh la tambahkan bahan kat sini. hehehe

Sebenarnya kawan-kawan, perairan port klang adalah kawasan yang paling mudah nak dapat ikan berbanding kawasan laut yang lain. Paling busuk pun ikan gelama dan belukang mesti dapat. Stok ikan kecil dan udang masih banyak di kawasan sungai nya. Secara tidak langsung, bekalan makanan untuk ikan besar masih banyak dan ikan boleh membesar tanpa kehabisan makanan. Pembinaan tiang batu di dermaga pelabuhan dan binaan lain yang membantu ikan berteduh dan membiak. Berdasarkan teori aku, oleh kerana kawasan ini dalam kawasan larangan(walaupun ada yg masuk jugak!) ikan ini dapat membesar dengan selamat. Tiada pukat-memukat yg keterlaluan oleh kerana kawasan spesis berharga biasanya adalah laluan kapal besar yang sibuk dan merbahaya untuk kegiatan memukat. Bak kata lain kalau yang masuk pukat 20% kat tepi bakau, yang kat laluan kapal dan bawah warp ade lagi 50%. Yang baki nya makan pancing kita. Haruslah kita masuk bawah warp ek? Jangan, nti kene tangkap susah hehehe..


Antara kawasan pancing yg aku tahu ialah:-

Muara Sungai Sementa

Muara ini terletak dekat dengan rumah aku. Diketahui spesis yang byk trdapat dimuara ini ialah tetanda, gelama, belukang, pari, tetuka, senangin, kurau, sembilang, siakap, gerut2, tebal pipi. Umpan yg sesuai digunakan ialah perumpun, sotong, udang hidup dan udang pasar saiz besar. Belanak juga boleh digunakan bg mereka yg ingin menjejak siakap di kawasan sungai berbakau. Bagaimanapun, di sekitar muara ini terdapat ramai nelayan2 yg kua menjaring memandangkan muara ini kaya dengan berbagai2 spesis ikan.

Jambatan Pulau Indah

Spesis yang biasa aku rase ada kt sini ialah, semilang, senangin, kurau,(senangin ngan kurau tak sama tau), tebal pipi, tetanda, tirusan, siakap dan spesis gelama lain. Cara memancing ialah dengan umpan udang hidup atau pun beliak mata. Ikan beliak mata ni boleh ditangkap pakai apollo je di bawah jambatan ini. Ha! Ni nak cerita pasal apollo dulu, sebab ada yg tak tau mcm mane nak guna. Oleh kerana apollo menggunakan umpan bersinar, ia cuma boleh digunakan ketika ada cahaya terang sahaja. Maksudnya waktu siang, adalah juga aku lihat yang guna waktu malam. Kalau boleh dapat memang ajaib, gelap ikan tak nampak beb! Kecuali, sekiranya terdapat lampu yang terang seperti di tepi dermaga. Itu pun nasib je boleh dapat. Keadaan air yang sesuai untuk memancing adalah air mati. Waktu terbaik adalah air surut separuh dan mula nak pasang. Ikan senangin kat sini memang minat ikan beliak mata. Rata-rata orang lain dapat menggunakan umpan ini. Sekiranya kowang memancing di bawah jambtan kenderaan, lontaran di buat di antara tiang jambatan keretapi. Kalau baling kat tiang, ada makan tapi selalu sangkut. Sekiranya menggunakan sampan, lontaran boleh dibuat di tiang jambatan kenderaan. Kalau naik sampan, masalah sangkut kurang. Cuba di sebelah tepi pulau dulu kemudian baru berpindah kebahagian tengah tiang lain. Jika ada, menunggu tak lama, sekejap je dah makan. Saiz biasa terdapat di sini 1kg kebawah. Pernah juga ada yang dapat 3 kg, pakai perumpun je, tapi 5 tahun dulu lah. Tak tau lah kot-kot ada lagi ke tak. Cara makan, sentap lepas tu kendur. Kalau bahagian tengah, tirusan banyak. Kurau nasib-nasib je dapat. Tirusan di sini suka pada udang hidup, dan udang fresh mati yang di kupas kulitnya. Biasa nya bercampur dengan ikan gelama.

Jambatan Keretapi Sg Aur

Spesis yang biasa terdapat disini ialah belukang dan sembilang. Bagaimanapun didapati spesis sembilang telah berkurangan tanpa sebab yang diketahui. Jadi pada waktu ini hanya sebilangan kecik sembilang yang ada itupon dalam saiz kecik. Kalo dapat tetanda, senangin dan gelama dikira bonus la. Kawasan ini kurang popular kerana jauh dari pandangn orang ramai kerana jambatan ini terletak di belakang tapak kilang tepung. Kebanyakan spesis yang biasa didaratkan disini ialah belukang. Umpan yang sesuai digunakan ialah perumpun. Sesuai dipancing satu jam lepas air pasang penuh dan satu jam semasa air pasang selepas surut abis. 

Kapal Barge Muhibbah

Syarikat pembinaan kapal di sebelah jambatan Pulau Indah. Terdapat banyak barge syarikat ini berlabuh di bahagian tengah selat. Alaa yg mcm kotak warna hitam tu lah. Perkataan 'barge' ni tak tau le betul ke tidak. Memandangkan rekod pendaftaran kapal ni kat Jabatan Laut kapal ini dikategorikan sebagai 'barge' iaitu kapal yang tidak mempunyai enjin dan hanya ditarik oleh kapal lain untuk bergerak. Kedudukannya di bahagian tengah selat. Kawasan ini banyak terdapat ikan gelama dan semilang. Jika kowang bernasib baik, boleh dapat senangin, pari dan tebal pipi. Umpan sesuai adalah perumpun dan udang hidup bersaiz kecil. Cara ikan kat sini makan memang menakjubkan. Semua pakat serbu ramai-ramai! Tak sempat nak sampai dasar pun, dah kena sambar. Bagi pemancing yang tidak biasa, umpan mesti cepat habis. Kecekapan merentap joran adalah kunci utama tangkapan dapat dinaikkan. Keadaan air yang sesuai untuk memancing ialah air mati naik pasang dan arus menghala ke Telok Gong. Kalau takde arus, jangan baling jauh, letak bawah je. Air besar susah sikit sebab arus laju dan keruh. Kedudukan terbaik untuk melabuh umpan ialah di sauh barge. Gelama dah tentu, kalau dapat besar, kira bonus la!

Depan Institut Latihan Pengangkutan dan Pelaut

Institut yang dimaksudkan adalah sebuah pusat latihan bagi pegawai2 baru Jabatan Laut yang mengadakan khursus disini. Lubuk disini berada di tengah selat antara Pusat Latihan dan Dermaga Minyak Pelabuhan Selatan. Kawasan ini dulunya mempunyai boya hijau tapi sekarang dah takde sebab jabatan laut dah dibina. Air memang dalam! Spesis yang biasa ada disini ialah pari muncung, pari daun, gelama pisang dan kurau. Umpan terbaik ialah udang hidup saiz besar. Jika menggunakan beliak mata, kenalah potong kecik-kecik. Gelama Pisang memang suka. Ketika memancing, pastikan ada arus dan batu mesti besar, saiz 9 keatas. Arus laju dan air dalam tapi ikan banyak. Cara makan memang syok. Henjutan bukan main kuat, lebih-lebih lagi kalau Gelama pisang yang kena. Kalau tak rentap joran, ikan tak kena. Pastu rentap kene kuat sebab jarak umpan dan pancing memang jauh. Kalau pakai joran lembut, siksa wo! Batu dah besar, tambah ikan pun besar, bak kata Nabil...lu pikir la sendiri....hahahaha

Muara sungai Bagan Hailam

Kawasan ini terletak betul-betul di hadapan kuil bagan hailam. Kawasan parking plantoon myk diesel dan tongkang. Kawasan ini berlumpur dan banyak sampah ketika air surut habis. Spesis yang biasa terdapat disini ialah, semilang dan duri. Jika bernasib baik, senangin dan tetanda juga kadang-kadang terdapat disini. Umpan yang sesuai adalah perumpun, udang mati dan udang hidup bersaiz kecil. Waktu sesuai untuk memancing ialah, 1 jam sebelum air surut habis dan 1 jam ketika air mula pasang. Keadaan arus di kawasan ini begitu laju memandangkan ia adalah laluan air masuk ke sungai dan arus pusing di muara. Semilang sungai banyak terdapat disini dan cara makan memang hebat. Dengan air paras pinggang, pancing boleh terbang jika tidak di letak cermat. Cara makan tarik terus tanpa amaran dan tanpa henti.

Muara Sg Labohan Gurap

Kawasan ini mempunyai 2 cerun dalam melebihi 30 meter dan terletak berhadapan dengan Tanjung Harapan. Terdapat 2 tiang lampu yang menjadi penanda kedalaman air. satu di bahagian tengah dan satu di bahagian tepi pantai. Cerun atau lubuk pertama yang aku katakan berada di muara sg. Spesis yang biasa ada disini ialah, Jenahak, Tetanda dan tirusan. Umpan terbaik yang paling diminati ialah anak ikan beliak mata atau selangat. Jika menggunakan udang, pastikan udang tersebut bersaiz besar dan hidup. Masa sesuai untuk melabuh umpan ialah 2 jam sebelum air naik.

Jeti-jeti memancing dan Pantai berbatu Tanjung Harapan

Kat Tanjung Harapan ni ade beberapa buah jeti yang boleh dijadikan lokasi memancing. Lokasi ini sesuai bagi mereka yang suke meluangkan masa bersama keluarga. Bagaimanapon jeti ini adalah jeti berbayar. Bayaran dikenakan  RM5 utk satu joran. Tempoh memancing adalah 24jam.

Pantai tanjung harapan juga sesuai memancing tapi mudah tersangkut pada batuan. Aku pernah menaikan ikan siakap merah menggunakan teknik tundaan (casting) berumpankan hirisan ikan setongkol di sekitar tempat pancang bot yg terletak berhampiran replika besar kapal layar yg terdapat di Tanjung Harapan. ada juga cerita yg didengari ikan siakap dan lain2 ikan yg bagak2 didaratkan disini. Tp tu dlu la, skrg xtau la ade lagi ke x ikan bagak2 tu.

Atas Kapal minyak dan tongkang

Utk memancing diatas kapal ini, khidmat teksi air (panggil aku je tu. xtau nk pggil ape. hahaha) diperlukan utk menghantar pemancing ke atas kapal2 yg berlabuh di tepi laluan kapal2 besar. Khidmat teksi ini boleh didapati di jeti Bagan Hailam dan Jeti sebelah Lembaga Perikanan. Upah kepada teksi air ini dikenakan RM2 @ RM6 (bergantung pada jarak penghantaran) untuk perkhidmatan pergi blik. Pastu kowang leh tnjukkan kepada teksi itu kapal yg mana kowang nk ditrunkan.  Pastikan kowang jgn terlupa minta no telefon teksi tu. X pasal2 berumah la kowang atas kapal tu. hahaha. Bagaimanapon x digalakkan utk memancing di atas2 kapal ini kerana khuatir akan dianggap penceroboh dan dikenakan tindakan. Ikan yang biasa ada disini ialah Mayong, duri, pari, gelama, senangin. Umpan yg sesuai digunakan ialah perumpun dan udang hidup saiz kecil.


Memancing di Port Klang memang seronok. Ape lagi kalau dah biasa dengan kawasan ini dan tau lokasi sesuai untuk melabuh umpan. Tak kisah lah dekat mane pun kowang memancing, baik di bawah jambatan, tepi sungai atau menaiki bot, pasti ada saja yang mengena. Ikan gelama, duri dan semilang adalah penghuni setia kawasan selat ini. Jika melabuh sauh, nama-nama ini pasti akan kedengaran. Kurau, Tanda, Kerapu, Siakap dan Pari adalah trophy berharga yang pasti menjadi sasaran. Spesis ini adalah biasa terdapat di kawasan selat yang terlindung dari ombak besar dan haluan angin kencang dari laut selat melaka. Bagi mereka yang kurang sesuai dengan keadaan laut lepas yang bergelora (mabuk laut daa..) perairan ini sgt sesuai untuk memancing. Kalau mabuk jugak, tak tau la nak cakap ape hehe.. Jadi, ape lagi.. Jom mancing! Kalo ade sape2 yang sudi nak bagi maklumat lokasi yang best, sudi2 la kongsi kat sini yer... Sekian.

11 ulasan:

  1. muara sungai sementa tu kat mana ye .......Laguna park ke

    BalasPadam
  2. Muara Sungai Sementa
    ni kat belah mana ek...

    BalasPadam
  3. dekat ngn sementa... kene lalu jalan kapr... trus smpai sementa...

    BalasPadam
  4. salam tuan arz one... jalan ke muara tu lalu kampong sementa ke?
    senang x nak cari muara tu? tuan ada deal utk sewa bot x ? 1 lagi muara bagan hailam tu jalan masuknya ikut mana ye?


    BalasPadam
  5. aku cadang kan ko orang mancing kat kampung aku ko orang boleh bermalam di rumah rakit n sewa sampan kampung teluk nipah terus je ke jt tu

    BalasPadam
  6. Berilah kami contact no..macam tak ikhlas jer....

    BalasPadam
  7. Muara sementa? Kat belah mane eh? Sy org sementa gak... belah belakang tu ke? Yg nk ngala ke kunci air tu ke?

    BalasPadam
  8. Boleh bagi direction untuk Institut Latihan Pengangkutan dan Pelaut.

    BalasPadam
  9. nak sewa bot.mcm mane

    BalasPadam
  10. muara Sg Sementa yg sebelumnya ade kolam pancing air masin tu ke?

    BalasPadam
  11. as salam...tuan...pusat latihan pengakutan laut tu...area mana...

    BalasPadam

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)