Ahad, 18 Julai 2010

Memancing di Port Kelang 2010 episod 1

Lokasi : Jambatan keretapi Sg Aur

Tarikh : 3 April 2010

Bacaan air : 0236 0.8, 0827 4.6, 1430 1.2, 2038 4.7

Pemancing : aRz oNe (aku ler tu), Mala (istri aku yg tercinta... huhuhu)

Joran :
aRz oNe - Figo Lemax VIP Stick 8-20lb (rod), D.A.M Quick HPN 630FD (kekili)
Mala - Angler Power Max 10-25lb (rod), D.A.M Quick Super 340FD (kekili)

Umpan : Udang hidup (saiz kecil) RM5 (20 ekor)

Pembekal Umpan : Comel (0122702595)

7:00 pagi :
Bermula awal pagi pd pukul 7 kami bertolak dari rumah menaiki motor menuju ke Tanjung Harapan membeli umpan udang hidup yg telah di booking sejak 3 hari yg lpas. Sememangnye membeli umpan disini hendaklah di booking terlebih dahulu kerana umpan disini cepat abis memandangkan hanya Comel (tokey umpan) yang membekalkan umpan udang hidup disini. Di sepanjang jalan menuju ke Bagan Hailam ade juga org yang menjual umpan udang hidup tetapi harganye yg mahal membuatkan kami memilih Comel sebagai pembekal umpan udang hidup kami yg tetap. Ini kerana harganya yg murah serta memberikan diskaun kepada mereka yg membeli umpan dlm jumlah yg banyak. sbb itu ramai kaki pancing lebih suka membeli dari Comel. Setelah mendapat bekalan umpan, kami menuju ke destinasi memancing yg telah dirancang iaitu di jambatan keretapi sg Aur.

8:00 pagi :
kami tiba di lokasi memancing yg dimaksudkan. Kami mengambil kputusan memancing di tiang jambatan itu dengan menuruni dari atas jambatan ke tiang jambatan yg terletak di tepi jambatan. Ini membolehkan kami berteduh dr kepanasan. Peralatan memancing disiapkan. Perambut dipasang dan umpan udang hidup td dicangkuk ke mata kail. Bermulalah balingan pertama dari joran  Angler Power Max. Setelah umpan joran Mala dilabuhkan ke sungai, aku trus menyiapkan perambut utk joran aku. Ini kerana Mala x pndai wat prambut n psg umpan. So kene la aku yg wat sume. Nasib badan... huhuhu. 

Belum sempat perambut disiapkan untuk joran  Figo Lemax VIP Stick, joran Angler Power Max mula 'menari'. Tiba2 satu rentapan kuat menarik joran Angler Power Max sehingga hampir2 jatuh ke dlm sungai. Nasib baik masa tu guna kekili D.A.M Quick Super 340FD sbb kekili ni besar skit so berat kekili ini menyelamatkan joran jatuh ke sungai. Kalo x, menangis x berlagu la jawabnye. huhu. Mala trus mnyentap lembut jorannya. Satu lengkungan pada joran Angler Power Max mencemaskan Mala yg kurang mempunyai pengalaman memancing. Kekili D.A.M Quick Super 340FD dikarau lembut. Alahai... lemah lembut btul bini aku ni... Nak tarik ikan pon mcm tarik ikan bilis. hahaha. Aku hanya memerhatikan gelagat istriku mengarau kekilinya. apabila ikan semakin hampir ke tiang, masalah pula yg timbul. Ikan x dapat dinaikan sebab berat. Maklumlah bini aku ni lemah lembut. Ade plak dia kate sangkut? Padahal ikan besar dia dpt. hahaha. aku mengambil alih utk mendaratkan ikan tersebut ke tiang. Akhirnya ikan Belukang seberat 1 kilo dinaikan. Ni kire rekod peribadi bini aku r. Belukang pon belukang r... huhuhu. Dan mcm biasa la... aku la jugak kene cabut mata kail dari mulut ikan tu. huhuhu...

(Normala dgn Belukang 1kg)

Selesai menguruskan ikan belukang td, aku mencangkuk umpan pd mata kail joran Angler Power Max n trus melabuhkan umpan tersebut ke sungai sambil menunggu umpan diragut. Tanpa melengahkan masa lagi, aku menyiapkan kerja yang tertangguh td iaitu membuat perambut pada joran Figo Lemax VIP Stick.

8:30 pagi
Tiada sebarang tanda2 ikan meragut umpan. So da xtau nk wat ape dah kami menunggu n menunggu je la...

9:00 pagi
Air sudah semakin surut. X byk lg masa yg boleh guna utk pncing disini memandangkan keadaan air surut dlm sungai akan mengubah warna air jika air hampir surut abis. ini akan menyebabkan ikan akan keluar dari sungai dan tiada ikan sehingga air psg semula.

9:30 pagi
Time ni amat membosankan bila tiada ikan mahu meragut umpan. Mmg diketahui disini dah kurang ikan. Kalo setahun yg lpas senang saje nk memancing sembilang. mmg byk time tu. Bagak2 plak tu. Tp sekarang xtau la ape yg da jd. Sembilang bagai dah menyepi dr sungai ini. Kalo ade pon saiz yg kecik2 jer. Sambil aku mengelamun tu, tiba2 joran Figo Lemax VIP Stick memberi respon. Apa lg... sentapan kemas mengena! Kekili D.A.M Quick HPN 630FD dikarau. Tentangan yg diterima x berapa melawan. Mybe ikan kecik je kot. Karau punya karau akhirnya seekor belukang seberat 800 gram dinaikan. Leh la... janji ikan. kan,kan, kan... huhuhu. Umpan baru dicangkuk lg. Joran Figo Lemax VIP Stick memainkan peranannya n umpan pon dilabuhkan ke sungai. So kene tggu lg la jawabnye... huhuhu.

10:00 pagi
Tunggu punya tggu akhirnya sekali lg joran Figo Lemax VIP Stick ber'dangdut'. Apa lg... kene la sentap kan?huhuhu. Karauan demi karauan akhirnya berjaya mendaratkan seekor belukang lg seberat 400gram. Belukang lagi? Adess... Cobaan.... Umpan dilabuhkan lg. yeah... kene tggu lg la... hahaha

10:30
Air sungai mula berubah warna mcm air 'nescafe + kopi'. Tiada lg tanda2 umpan diragut ikan. Daripada menunggu lama, kami pon memutuskan utk pulang. Walupon sedikit hampa, tp ok la kan dr xde ikan lgsung. hehehe. Kami trus pulang n smpai ke rumah dgn selamatnya...

p/s : x dpt trun pot best sbb bajet xde. Sbb tu pncing kt jambatan ketapi jer. huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)