Ahad, 18 Julai 2010

Memancing di Port Kelang 2010 episod 2

Lokasi : Pulau Babi, Warp (warp bape ntah), Muara Sg Aur, kapal barge Muhibbah


Tarikh : 20 Jun 2010

Bacaan air : 0529 1.7, 1155 4.5, 1829 2.0

Pemancing : aRz oNe, azlan, Faiz, Shahron (ayah)

Joran :

aRz oNe :
Figo Lemax VIP Stick 8-20lb (rod), D.A.M Quick HPN 630FD (kekili)
Angler Power Max 10-25lb (rod), D.A.M Quick Super 340FD (kekili)

Azlan :
Santec Cobra action 20-50g (rod), Tomman Titanium Plus 2000 (kekili)

Shahron :
Santec Cobra action 20-70g (rod), Epower 4000 (kekili)

Faiz :
Penn Spinfisher 12-20lbs (rod), Shimano Sonora 4000FA (kekili)

Umpan : Udang hidup (saiz kecil) RM5 (20 ekor), perumpun RM15, ikan selangat (20 ekor)

Pembekal Umpan : Comel (0122702595), pasar borong Port Kelang

Sewa Sampan/ Enjin : Ali (0169151655)

7:00 pagi
Barang2 memancing termasuk rawai dikemaskan dan disusun dgn baik di bonet belakang kereta. Aku Bertolak dari rumah ngn azlan (adik aku) menuju ke rumah Faiz. da janji amik dia kat umah. Pastu kitorang pon meneruskan perjalanan menuju ke jeti Sg Aur utk berjmpa dgn abg Ali. Abg Ali ialah ahli persatuan nelayan di situ. Dan tujuan kami berjumpa dgn beliau adalah utk mendapatkan sampan yg mahu disewa oleh kami. Setelah memilih sampan yg ingin disewa, kami terpksa menunggu ayah yg masih belum smpai. Kata azlan ayah akan smpai dlm pukul 9. Plak dah.

Skrg ni pukul 8, so ade masa sejam lg kitorg kene tggu. Then aku, azlan n faiz pergi mengisi perut yg kosong di kedai mkn berhampiran. Selesai mkn kitorg pon bergegas ke jeti sg aur utk memindahkan barang2 memancing ke atas sampan.

10:30 pagi
Tunggu punya tunggu akhirnya ayah tiba ke jeti dengan selamat bersama2 joran serta umpan ikan selangat yang dibeli di pasar borong Port Kelang utk dibuat umpan merawai. Kini sume da bersiap sedia. Then bermula lah perjalanan kami menuju ke Pulau Babi utk melabuhkan rawai. Ayah yg mengemudi enjin sampan. Azlan plak jaga sauh. Aku plak memotong ikan selangat menjadi hirisan kecil utk dijadikan umpan merawai. Faiz lak memanaskan bontot beliau di bahagian tengah sampan. Hampeh tul mamat ni. hahaha.

11:00 pagi
Setelah smpai ke lokasi merawai, rawai dikeluarkan dr karung plastik. 'Sauh rawai mana?.soal ayah kt azlan. 'lupa nk buat'. jwb azlan selamba. Aku perhati je gelagat ayah n azlan. 'nak merawai cmne kalo sauh rawai xde?' soal ayah kt azlan. Azlan terdiam. Xtau nk jawab ler tu. hahaha. Aktiviti merawai tetap diteruskan. Ayah membuat keputusan mengikat hujung rawai pada sebatang pokok yg telah mati di tepi sungai yang telah dinaiki air. Kali ni faiz dan azlan dikerah utk mendayung sampan sementara aku memasang umpan pd mata kail rawai dan ayah melepaskan tali rawai sepanjang 200 meter ke sungai. Kerana ketiadaan sauh utk rawai, tali hujung rawai terpksa diikat pada pokok dan satu lg diikat pada sauh sampan. Then sauh dr sampan pon dilabuhkan untuk memulakan aktiviti memancing. huhuhu.

11:45 pagi
Waktu yg dinanti2 telahpon tiba.  Ape lg... sume org tekun menyiapkan perambut masing2. Dengan menggunakan umpan perumpun, balingan pertama dr atas sampan tu dirasmikan oleh Faiz... Mana x nye dr td memanaskan bontot jer sempat jer la mamat tu siapkan perambut...hahahaha! Kelihatan 2-3 biji sampan berlabuh tidak jauh dr tempat kitorg memancing. Mybe diorg memancing atau menjaring di situ. Akhirnye sume berjaya melabuhkan pancing masing2.

Selang 10 minit, hujung joran Figo Lemax VIP Stick tiba2 memberi isyarat. haaa ikan le tu. Apa lg... sentapan lembut dr aku mengena. Bila dikarau kekili  D.A.M Quick Super 340FD, tentangan x berapa kuat. Akhirnya ikan gelama dlm berat 100 gram dinaikan. Menjadikan ikan itu sebagai pembuka tirai hasil yg pertama diperolehi oleh kami. Ok la kan? rezeki... Begitu juga dgn faiz, seekor gelama dinaikan dlm saiz yg sama. X lama kemudian sampan2 yg berlabuh jauh dr kami td mula keluar dr sungai. Mybe ikan da xde. Benar, ikan x lg memakan umpan.. Akhirnya kami mengambil keputusan berpindah. Hasilnya di sini aku menaikan gelama 4 ekor, faiz pula gelama 5 ekor, azlan  menaikan 2 ekor gelama. Ayah yg selaku tekong plak x dpt ape2. wakakaka. (amaran : jgn ejek tekong. X pasal2 tekong campak korang dalam sungai. wakakaka)

1:00 ptg
Rawai terpaksa diangkat ke atas sampan kerana kami mahu berpindah ke pot lain. Selasai rawai ditarik, hasil yg diperolehi ialah 3 ekor duri n seekor belukang. Selesai mengemas rawai, tekong (ayah) memainkan peranan mengemudi enjin sampan menuju ke kawasan teluk Pulau Babi.

1:45 ptg
Setibanya di kawasan teluk, Azlan melabuhkan sauh. Apa lg.... Sume x sabar2 nak labuhkan umpan masing2. huhuhu.. Kat sini mmg banyak ikan tp asyik terlepas, Belum sempat umpan sampai ke dasar da kene sentap. mmg best kat sini sbb asyik melayan. Cuma kat sini banyak ikan gelama dalam saiz yg kecik2. huhuhu. Bimbang kami kehabisan umpan melayan ikan2 yg kecik ini,  kami membuat keputusan berpindah lagi. Rase x bbaloi mghabiskan umpan utk ikan2 yg kecik. Hasil disini aku perolehi gelama 5  ekor dan duri 2 ekor, faiz pula gelama 4 ekor dan duri 2 ekor, azlan pula peroleh gelama 4 ekor, duri 1 ekor dan buntal seekor. Ayah plak peroleh 5 ekor gelama dan seekor duri.

3:00 ptg
Akhirnya Sauh dinaikan dan ayah mengemudi ke kawasan berhampiran jeti Polis Marin Port Kelang. Setelah sampai azlan melabuhkan sauh dr sampan. Tanpa membuang masa, umpan dilabuhkan dr pancing masing2. Matahari da terpacak atas kepala. Panas kian terasa. Haus x payah ckap la. Sume yg ada minum air mineral yg dibawa utk menghalang dr penghidratan.  Hanya faiz seorg yg berjaya menaikan tgkapan disini. Seekor ikan duri dinaikan. Sekali lg kputusan berpindah trpksa dibuat memandangkan tiada rentapan ikan. Sume gara2 umpan dimakan anak2 ikan. Sauh dinaikan dan ayah memberi cdangan untuk berteduh sambil memancing di bawah warp. Ayah trus mengemudi sampan hingga ke warp.

3:45 ptg
Hari da panas, kami ambil peluang meneduhkan diri di bawah warp berhampiran Sg Aur. Pergh.... mmg sejuk bawah warp ni. Best dpt tido... hahaha. Sauh dilabuhkan dan masing2 pon memancing sperti biasa. Kelihatan byk ikan sesumpit berenang di bawah warp. Sambil menggu umpan diragut ikan, aku mengambil peluang merehatkan dgn berbaring atas smpan. azlan mengambil pluang menunaikan solat zohor (tggungjawab jgn lupa beb!). X byk aktiviti ikan dibawah warp ni. sekali sekala umpan diragut tp ikan x melekat. Mybe anak2 ikan yg memakan umpan. Tgh sdap aku layan tido tba2 sampan bgoyang. Rupa2nye joran fais mengena! Faiz trus mngarau kekili. Akhirnya seekor ikan Daun Baru seberat 400 gram dinaikan. Tersenyum lebar r si fais tu. Maklum la ... spesis daun baru tu kali pertama dia dpt. huhuhu. Aku plak semakin smangat nk dptkn ikan cmtu. Tggu punya tggu xde lg ikan meragut umpan. Sekali lg kami berpindah setelah puas berteduh... huhuhu. Sauh dinaikan dan ayah mengemudi sampan menuju ke muara Sg Aur.

(faiz tersengeh2 ngn tgkapan Daun Baru)

4:30 ptg
Smpai di muara kami memancing mcm biasa. Di situ arus berpusing. Jadi x sesuai untuk memancing. kami pon berpindah lg. Kami mengambil keputusan memancing di belakang barge Muhibbah (kapal tarik) yg terletak berhampiran jambatan pulau indah. Azlan melabuhkan sauh dibelakang barge. Acara memancing pon bermula lg... huhuhu. Hasil di sini mmg best. Ada yg diragut umpannye sblom mencecah dasar. ikan mmg banyak kat bawah kapal barge ni. X terkira jmlah yg kami dpt. huhuhu. Kebnyakkannya adalah gelama. Hari da ptg. Umpan pula da habis. jd kami bersiap utk berangkat pulang ke jeti.

(Hasil memancing yang diperolehi)
5:45 ptg
Kami sampai ke jeti Sg Aur. walupon ikan kecik2 je yg dpt tp syukur la semua puas. Ikan dibahagi sama rata. Pastu kami sggah menjamu selera di restoran berhampiran. Da kenyang, akhirnya kami pon pulang ke rumah masing dgn selamat....Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)