Khamis, 22 Julai 2010

Memancing di Port Kelang 2010 episod 3

Lokasi : muara warp 25, jeti institut latihan jabatan laut, muara bagan hailam, belakang kapal barge muhibbah

Tarikh : 27 Jun 2010

Bacaan air : 0039 1.1, 0638 4.6, 1234 1.6, 1841 4.6

Pemancing : aRz oNe, azlan, Faiz, Shahron (ayah), Aidil

Joran :

aRz oNe :
Figo Lemax VIP Stick 8-20lb (rod), D.A.M Quick HPN 630FD (kekili)
Angler Power Max 10-25lb (rod), D.A.M Quick Super 340FD (kekili)

Azlan :
Santec Cobra action 10-20g (rod), Tomman Titanium Plus 2000 (kekili)


Shahron :
Santec Cobra action 20-70g (rod), Epower 4000 (kekili)


Faiz :
Penn Spinfisher 12-20lbs (rod), Shimano Sonora 4000FA (kekili)

Aidil :
Santec Lion Stick 30-80g (rod), Angler RD4000 (kekili)

Umpan : Udang hidup (saiz kecil) RM5 (20 ekor), perumpun RM15, ikan selangat (20 ekor)

Pembekal Umpan : Comel (0122702595), pasar borong Jalan Meru

Sewa Sampan/ Enjin : Ali (0169151655)

aktiviti kali ini melibatkan rawai n pancing. Namun hasil rawai tidak memuaskan. hanya beberapa ekor ikan duri dan seekor ketam bunga yg dinaikan. manakala memancing pula, permulaannye amat memenatkan sbb terpksa tahan panas yg amat. kami mencing dimuara warp 25. hasilnya disini azlan berjya menaikan 2 ekor sesirat manakala fais pula seekor sesirat. pembawa aura sesirat ke diorg ni? hahaha. Akibat serangan sesirat, kami berpindah ke jeti pusat latihan jabatan laut. Disini Ikan pula lgsg x menjamah umpan. hanya ikan kecil yg cepat menghabiskan umpan.

apabila waktu da masuk ke ptg, kami memilih utk memancing di muara bagai hailam n belakang kapal barge. hasil disini menghilangkan sedikit rasa penat kami apabila ikan 'rajin' menajamah umpan. 4 ekor sembilang berjaya dinaikan. Ayah mencatat rekod ekspidisi pada kali ini dengan menaikan sembilang seberat 1.5kg. Aku pula gagal memecahkan rekod ayah dan sekadar mendaratkan sembilang 1kg.

(Hasil pada ekspidisi kali ini)


Di belakang kapal barge pula banyak dihuni ikan duri n gelama. walupon x byk tp ade juga hasil yg boleh dibawa pulang. Aidil dr pagi langsung tiada tangkapan yg berjaya dinaikan. Ini adalah kali pertama aidil menyertai kami memancing di laut. Mybe beliau lom ada pengalaman. membuat perambut n memasang umpan semua aku yg wat utk aidil belajar. Setelah umpan habis. Kami blik ke jeti dan membahagikan masing2. faiz cop dulu sembilang 1.5kg. ayah pula ambil sembilang 1kg yg sedang bunting (masa dinaikan ke darat aku xtau plak ikan ni bunting). sedap telur sembilang tu beb... huhuhu. selesai membahagi ikan kami pon pulang ke rumah masing2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)