Sabtu, 24 Julai 2010

Memancing di Port Kelang 2010 episod 4

Lokasi : Jeti memancing berbayar, Platoon minyak

Tarikh : 3 Julai 2010

Bacaan air : 0327 1.5, 0938 4.5, 1557 1.9, 2145 4.0

Pemancing : aRz oNe, Aidil

Joran :

aRz oNe :
Figo Lemax VIP Stick 8-20lb (rod), D.A.M Quick HPN 630FD (kekili)
Angler Power Max 10-25lb (rod), D.A.M Quick Super 340FD (kekili)

Aidil :
Santec Lion Stick 30-80g (rod), Angler RD4000 (kekili)
Angler Power Max 10-20lb (rod), Daiwa D2500 (kekili)

Umpan : Udang hidup (saiz kecil) RM5 (20 ekor), perumpun RM6,

Pembekal Umpan : Comel (0122702595), Orang asli (bagan hailam)

Bot Teksi : Ah Peng (0146310886)

Trip kali ini berjalan tidak seperti yg dirancang. lain yg rancang len plak yg dibuat. asalnye aku cdangkan nk men 'casting' kt pancang bot tg harapan. spatutnya aku kene bgun btolak ke rumah aidil pukul 4:30 pagi. Jaga2 je da kul 6 pagi. adoiiii.... terlepas la time air bgus ni. aidil plak da miscol aku kul 5 pagi tnpa disedari aku yg tertido x ingt dunia... huhuhu.

Kul 6:10 aku bergegas ke rumah aidil. kalo lambat2 air da surut ssah plak nk casting. ikan da xde kt batu2 tg harapan kalo air da surut abis. then kitorg pon smpai la jugak kt tg harapan dlm kul 7 pagi. hmmm sah la.... air da surut. pdn muka sape suh tido mampos?! x merasa la aku nk casting siakap merah yg pnah aku dpt casting sblom ni kt tempat yg sama. disebabkn air da surut kitorg pon g la jeti berbayar. sbnarnye kitorg x rncang lgsung nk pncing kt jeti. alang2 da smpai, pncing je laaaaaa. so kene byr sorg RM5. pndang2 kiri kanan ade perumpun lebih ditggalkan org. so kitorg pon guna la (umpan lom beli time tu sbb asalnye nk casting guna ikan sardin). tp umpan yg ada x mencukupi, aki hiris2 ikan sardin utk dijadikan umpan. habis umpan kene bedal dek buntal... hmmmm.... sabo je la.

rase da mcm mls nk pncing dah. air da surut nk pncing apa? tba2 aidil tnjuk ke arah platoon2 minyak yg ade kat sungai bhadapan jeti ni. katenye kan best kalo dpt nek kapal tu. ntah mana dtg idea aku... tba2 aku dpt idea baik punyaaaa! pe lg... aku ajak aidil mancing atas platoon minyak tu! huhuhu... aku baru tringat ade bot teksi kt jeti bagan hailam. Kitorg trus membeli umpan udang hidup n perumpun. Then tanpa buang masa kitorg jmpa n aku try tnya org teksi tu. respon baik punyaaaa! org teksi tu ckap boleeeee... 'yabedabeduuu... dpt pancing ats kapal... huhuhu'. ni lg satu rncangn yg x pnh dirancang. hahaha. so kene la byr RM6 utk 2 org.

smpai2 je kat platoon tu aku minta no. tel teksi tu. ah peng namanye. 'ok ah peng. kitorg da abis pancing kitorg call lu ok?' then ah peng pon blah laaa... kt atas kapal tu byk btul anak2 ikan belanak. kalo bwk jala ni leh wat umpan siakap. huhuhu. berangan lebih je aku ni... da byk masa terbuang. aku cepat2 siapkn perambut utk joran Figo Lemax VIP Stick, Angler Power Max dan Santec Lion Stick. disebabkan aidil xde pngalaman nk wat perambut. so terpksa la aku meng'ikhlas;kan tgn aku wat perambut pd sume joran. nasib badan... huhuhu.

sume joran da bersiap sedia n umpan2 dilabuhkan. aku x sedar sebenarnye air da surut sbb duk kt tgh2 sungai. so xde ikan yg nak mkn umpan tu selain buntal. umpan yg dicangkuk abis camtu jer... 2 jam memancing lgsung xde respon. aku n aidil hampir2 berptus asa. kami cuba bersabar seketika... mana la tau kot2 ade ikan nk sambar jap g. huhuhu

x lama kemudian, air mulai pasang. ikan masih x menjamah umpan. aku n aidil da berputus asa. apa lg nk blik laaaa... sblom bkemas kami mkn bekal yg ditapau sejak pagi td. hari da menunjukkan kepanasannye. haus mula terasa. masing2 ambil pluang ni mengisi perot. sedang enak menjamu selera, tba2 joran Angler Power Max aidil melengkung. aku pikir mungkin tsangkut kat sampah. aku tolong karau joran utk aidil memandangkn dia sedang mkn. sedang aku mengarau kekili Daiwa D2500, hujung joran Angler Power Max melenting. 'sah! ade ikan sangkut!' aku pon serahkn pd tuannye yg layak mengarau kekili tu. huhuhu. karau demi karauan akhirnya berjaya mendaratkan tetuka selaku ikan yg pertama dinaikan pd trip kali ini. aidil tersenyum lebar melihat tgkapan tetuka yg pertama kali dlm hidupnya. aku x berani mmbenarkan aidil mnguruskn tetuka itu. lgpon ikan tu berbisa. aidil pula tiada pengalaman. aku bimbang aidil tertusuk bisa. so aku mematahkan bisa tetuka itu.


(aidil bersama tgkapan tetuka)

nmpaknye air da mula psg. ikan pon da mula memberi respon di bawah dasar sungai setelah 2 jam menungu atas kapal tersebut. kami sudah berptus asa. tp kelibat tetuka ini telah menaikan semangat kami dan kami trus juga hasrat memancing. x lama kemudian, joran Santec Lion Stick memberi respon. aidil trus menyentap kemas dan Strike!!! sentapan mengena! aidil trus mengarau kekili Angler RD4000. Akhirnya mendarat juga seekor ikan duri seberat 1kg. satu rekod peribadi terberat buat aidil! semangat aidil semakin kuat. walupon ikan kecik2 tp kami akhirnya dpt enjoy!

(aidil bersama duri 1kg)

aiii.... lawan tokey nmpak. xleh jd ni. da 2-0. aku ketinggalan. aku je yg lom naikkan ikan! adesss... cobaan...! sedang aku merapu ntah hape2 ntah, tba2 joran Figo Lemax VIP Stick aku memberikn respon! yeah! aku menyentap kemas dan Strike!!! yes! dpt jugak ikan. tnpa melengah2 masa aku trus mngarau kekili D.A.M Quick HPN 630FD. karau demi karauan berjaya menaikkan seekor tetuka. yahoo! 'ingat ko sorg je leh dpt tetuka ke aidil oiii?' huhuhu. umpan dilabuhkan kembali ke sungai. x lama kemudian sekali lg joran Figo Lemax VIP Stick memberi respon. sentap! dan Strike!!! dpt lg! karau2 akhirnya tetuka juga dinaikkan. huhuhu. 'da 2-2, kita seri la aidil. hahahaha!!!' aidil dgn gelagat nye yg suke tersenyum menmpakkn semangat btul nk kalahkn aku! huhuhu. ko mimpi ke aidil? hahaha!

(aidil bersama tgkapan senangin)

sentapan demi sentapan dibuat. ikan2 didaratkan. so jadilah skrg aidil memegang rekod semasa iaitu 5-4. ketggalan lg aku. hari sudah mulai ptg. tba2 joran Angler Power Max aidil melenting! kelam kabut aidil menyentap jorannye. Strike lg! karau punya karau akhirnya seekor senangin didaratkan. bertuah sungguh aidil. ini juga spesis pertama yg dinaikan seumur hidup. aidil berjaya mencipta pengalaman yg baik! ptg itu aidil sungguh bertuah. aku ketinggalan 6-4. adesss!!! camner sifu leh kalah ni? malunyeeee... aku trus menumpukn phatian kepada 2 btg joran yg siap di pancang. mana la tau kan kot2 leh dpt ikan lg bagus dr aidil. hahaha...

(hasil yg kami perolehi pd trip platoon minyak)

Umpan udang hidup da habis. kini tggal sedikit perumpun yg ada. hari da makin ptg. tba2 joran Angler Power Max aidil 'menggigil'. seekor buntal pisang didaratkan. hahahaha. menjadikan mata kini 7-4. aku jauh ketggalan. aidil sgguh bertuah. kami enjoy memancing atas kapal tu. dgn pendaratan buntal tu td maka berakhir la trip kami pd kali ini. aidil call ah peng untuk membawa kami pulang ke jeti. sampai di jeti kami menyerahkan sekeping not RM10 pd ah peng sbagai tambang blik n trus mngemaskn brg ke dlm kereta dan trus pulang ke rumah masing2... Sekian....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)