Jumaat, 30 Julai 2010

Memancing di Port Kelang 2010 episod 6

Lokasi : muara labuhan gurap, labuhan kapal2 berhampiran tanjung harapan

Tarikh : 25 July 2010

Bacaan air : 0548 4.5, 1157 1.5, 1756 4.5

Pemancing : aRz oNe, azlan, Mala, Nadiah, Shahron (ayah), Aidil

Joran :

aRz oNe :
Figo Lemax VIP Stick 8-20lb (rod), D.A.M Quick HPN 320FS (kekili)

Mala :
Angler Power Max 10-25lb (rod), D.A.M Quick Super 640FD (kekili)

Azlan :
Santec Cobra action 10-20g (rod), Tomman Titanium Plus 2000 (kekili)

Shahron :
Daiwa Classic Apollo 10-20lb (rod), Epower 4000 (kekili)

Aidil :
Angler Power Max 10-20lb (rod), Daiwa D2500 (kekili)

Nadiah :
Santec Lion Stick 30-80g (rod), D.A.M Quick HPN 340FD (kekili)

Umpan : Udang hidup (saiz kecil) RM5 (20 ekor), perumpun RM5

Pembekal Umpan : Comel (0122702595) - udang hidup, Orang asli Bagan Hailam - perumpun

Sewa Sampan/ Enjin : Ali (0169151655)

Sampai di jeti Sg Aur pukul 9 pagi. Aku, azlan n ayah mengemaskan barang2 ke dlm sampan. acara kami pagi itu adalah menjala bg mencari anak ikan belanak utk dijadikan umpan merawai. kami bergilir2 mengambil bahagian dlm aktiviti menjala memandangkn hanya satu jala sahaja yg ada. Keadaan menjadi panik seketika apabila jala terjatuh ke dlm sungai sbb terlepas dr ikatan tangan azlan yg kebetulan masa itu azlan yg menjala. kami bertekad mencari jala tu sampai jumpa walupon jala tu sudah tenggelam ke dasar sungai. nasib baik waktu tu air da surut. So kami terhempas pulas mencari mengunakan joran dgn harapan mata kail akan terlekat pada jaring jala. setengah jam berlalu jala masih tidak dijumpai. akhirnya, kami membuat keputusan utk melepaskan rawai yg dibawa bersama sepanjang laluan sungai itu. kami menarik rawai dgn sampan. Akhirnya jala tersangkut pada mata kail rawai dan jala berjaya dinaikan.

Di jeti kelihatan aidil da menunggu kami utk menyertai trip kami. tanpa membuang masa, aku trus menghidupkn enjin dan mengemudi sampan  menjemput aidil yg sudah menunggu di jeti. Pastu kami keluar dr sungai itu dan menuju ke sungai yg lebih luas utk melepaskan jaring dan rawai yg telah dibawa. memandangkan air sudah surut abis dan tiada tanda2 arus berubah arah, maka tiada lah hasil yg melekat di jaring. sekali lagi kami melabuhkan jaring dan tanpa kami sedar, kapal besar  menggunakan laluan tempat kami menjaring da semakin hampir. bimbang dilanggar oleh kapal besar itu, kami melepaskan semua jaring dan menjauhkan diri dr laluan kapal itu. kami pasrah andai jaring itu musnah dilanggar kapal besar itu. namun keajaiban berlaku. hanya beberapa inci sahaja lg jaring tu hampir dilanggar badan kapal. jaring kami selamat. tp x jauh selepas itu ada sebuah lg kapal yg kecil menggunakan laluan sama. kami memerhatikan dr jauh dgn harapan jaring x dilanggar. kali ini selamat juga. kami trus mndapatkn jaring dan simpan. aktiviti menjaring pon tamat.

(ayah tekun membetulkan rawai)

Air sudah mulai pasang. kami berpindah ke kawasan kapal2 berlabuh di laut dan memulakan pula aktiviti merawai. Namun hasrat merawai terbantut seketika kerana byk tali terbelit dan ini menyukarkn kami melepaskan rawai ke laut. Akhirnya kami mengambil keputusan memancing di muara labuhan gurap. aku, aidil n azlan memancing, manakala ayah pula tekun membetulkan tali rawai yg terbelit. Disini aku menaikan seekor ikan duri yang menjadi tgkapan pertama bg trip kali ini. X lama kemudian joran aidil pula memberi respon. seekor tetuka dinaikan. Aidil tersenyum lebar, kerap benar dia dpat tetuka kebelakangan ni. Padan la asyik tersenyum jer. huhuhu

(aidil dgn tetuka muara labuhan gurap)

Tba2 hp berdering. wif aku plak yg call. huhuhu. sblum ni jnji nak amik dia kt kunci air tg harapan. wif aku dtg bersama adik pompuan aku, nadiah. So aktiviti memancing dibehentikan sementara. aku mengemudi sampan trus ke kunci air tg harapan. setibanya di kunci air, azlan membuat keputusan utk memancing di muara bagan hailam memandangkan sampan telah melebihi muatannya. azlan trus memandu kereta yg kebetulan dipandu wif aku dan menuju ke bagan hailam.

(nadiah teruja menelan perumpun... hahaha)

aku, aidil, ayah, mala n nadia meneruskan aktiviti memancing berhampiran rumah api tg harapan. Disini aidil berjaya menaikan seekor ikan senangin. terer btul mamat ni. asyik dapat senangin ngn pari jer. padahal baru nk belajar pancing kt laut. perambut pon aku yg wat. tp aidil plak yg dapat hasil best2. huhuhu. xleh jadi ni...

                                                                                (aidil bersama senangin)

x lama kemudian ayah pula berjaya menaikan seekor ikan duri. air psang hampir penuh dan ayah menyuruh aku mengemudi sampan ke lokasi merawai. setalah sampai ke lokasi merawai, aku membantu ayah melabuhkan rawai serta memasang umpan pada mata kail rawai.

(ayah bersama tgkapan duri)

Setelah rawai selesai dilabuhkan ke laut, aku mengemudi sampan ke lokasi memancing. kami memancing di belakang kapal barge yg besar yg terletak berhadapan dengan restoran makanan laut. Akhirnya sume melabuhkan umpan. aktiviti memancing pon bermula. x lama kemudian joran aku di 'geletek'. aku trus mnyentap kemas joran. Akhirnya seekor tetuka berjaya dinaikan. ok la tu kan?

(aku dan tetuka)

aktiviti diteruskan seperti biasa. maknanye kene tggu ngn sabar la.... tba2 hujung joran mala ditarik. ade ikan yg sangkut ler tu. mala pon mengarau kemas. akhirnya seekor ikan gelama pisang dinaikan. nadiah plak yg geram sbb dr td x dpt ikan lg. hahahaha

(mala dgn gelama pisang)

selepas mencabut kail dr mulut gelama pisang td, ayah mmbantu mala melontar umpan. blom sempat umpan mencecah dasar, joran mala melengkung. sah! ikan ni kelaparan kot... hahaha. apa lg mala pon karau la kekili. kali ini lengkungan joran lebih kuat dr td. ikan asyik lari ke bawah sampan. pergh.... mcm best jer layan ikan tu. akhirnya seekor ikan tirusan berjaya dinaikan. leh tahan pnjang gak ikan tu. kembang idung wif aku. hahaha

(mala bersama tirusan)

x lama kemudian joran aidil pula direntap. karau demi karauan akhirnya berjaya menaikan seekor tetuka. tetuka lg? bape byk tetuka daaaa... huhuhu. nadiah plak panas punggung n hati 'panas' sbb ikan x dpt2 dr td. hahaha. ikan demi ikan dinaikan. dlm menunggu tu, joran mala direngut. karau la keje nye... huhuhu. seekor ikan anak pari (tetuka) dinaikan. pari, pari, pari.... mcm lagu syair si pari2 daaaa... hahaha! Rezeki kami murah pd trip kali ini. byk ikan tetuka yg didaratkan. aku mmg suke sgt dpt tetuka ni. sedap panggang beb! huhuhu

(mala bersama tgkapan tetuka)

setelah mencabut kail dari mulut tetuka, umpan dilontarkan ke laut. x lama kemudian, joran mala diragut ikan! mala lg?! asyik umpan mala je ikan ni mkn, pakai jampi serapah ke ape wif aku ni? mala mengarau kekili dan seekor tetuka lg dinaikan. aik? asyik tetuka je... huhuhu. aku yg dr td menunggu xde plak ikan nk sangkut2. nadiah tu lg r. lgsung x dpt ape2. sabo dik sabo... hahahaha. ayah pon sama gak xde ikan nk ragut umpan joran ayah. aidil lak lebih kurang je ngn wif aku. wif aku dpt tetuka 2 ekor, aidil dpt tetuka 2 ekor, aku plak dpt pari seekor jer. tba2 hujan trun dan makin lama semakin lebat. kami mengambil keputusan berteduh di bawah lantai restoran makanan laut. kami mengambil peluang melabuhkan umpan dibawah restoran. hasilnya, hanya aidil yg berjaya menaikan ikan iaitu seekor belukang dan buntal.

Setelah hujan reda, kami keluar ke lokasi yg sama. tp tiada tgkapan dinaikan kali ini. tba2 perut aidil wat hal. emergency woi! kalo lambat leh bocor! hahaha. pundi kencing aku plak da penuh. aku kene bertindak! time ni la bnda2 ni nk jd... adesss! cobaan....! aku pandang kiri kanan ternmpak la bot tug kt blakang aku. nk x nk aku trpksa suh ayah aku menaikan sauh. tnpa berlengah lg aku trus mengemudi sampan ke sisi bot tug td. kami meminta izin dan melepaskan hajat masing2. Perghhhh! lega... huhuhu!

(hasil tgkapan pd trip kali ini)

aku trus mengemudi di kawasan tepi. betul2 terletak di belakang kapal barge. sume umpan dr joran masing2 dilabuhkan. x lama kmudian joran ayah direngut. ayah berjaya menaikan seekor duri. dengan pendaratan ikan tersebut maka berakhirlah aktiviti memancing kali ini. masing2 mengemaskn joran. aku trus mengemudi sampan ke lokasi merawai td utk melihat hasilnya. rawai ditarik ke dlm sampan dan akhirnya hanya seekor malong dan seekor bebaji yg berjaya ditangkap.

(bergambar kenangan sebelum pulang)

kami trus pulang ke jeti sg aur. seorg nelayan disitu menyerahkan kami karung plastik berisi ikan. rezeki x baik tolak! azlan pula sudah menunggu kami di jeti. hasil azlan byk juga. aku x ingt ikan ape yg dia dpt tp banyak duri yg dinaikan. hasil kami dicampur dan dibahagikan. akhirnya kami pulang ke rumah masing2 dengan selamat.... sekian...

(masakan isteri ngn hasil kali ini - tetuka panggang)

makan tetuka panggang... perghhh! melekat ciot... sedap tuuuuuuuu! hehehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)