Rabu, 14 Julai 2010

Memancing di One Fathom Bank 2009


(One Fathom Bank)

‘One Fathom Bank’ ataupun kebanyakkkan nelayan memanggilnya dengan gelaran ‘Api Belerang’ atau ‘Permatang Sedepa’. ‘One Fathom Bank’ ataupun ‘Satu Fathom’ yang bermaksud 6 kaki kedalaman. ‘Api Belerang’ merujuk kepada lampu penanda amaran kepada kapal-kapal yang menggunakan terusan ini manakala ‘Permatang Sedepa’ merujuk kepada kedalamannya yang cetek terletak berhampiran kesibukkan laluan antarabangsa Selat Melaka. Kerana kecetekannya, ianya amat merbahaya untuk kapal-kapal besar.

Maka satu masa dulu, terdapat sebuah kapal besar yang karam berhampiran rumah api tersebut yang kini menjadi lubuk terbaik untuk ikan-ikan kecil mencari makanan dan perlindungan. Manakala ikan-ikan kecil ini pula menjadi makanan untuk ikan-ikan pemangsa seperti Tenggiri, Talang, Todak dan Telinga Gajah dan lain2 spesis ikan. Buntut dan rangka kipasnya boleh kelihatan apabila air surut sehingga kini.

(Peta dan Kedudukan One Fathom Bank yg lama & Baru)

Terdapat dua buah rumah api disini. Rumah api baru yang lebih canggih berbentuk UFO yang mana tiangnya diwarnakan mengikut bendera Gemilang dan tertulis megah perkataan ‘Malaysia”. Rumah api baru ini dibina bagi mengantikan rumah api lama yang telah usang. Namun bergitu, rumah api yang usang itu telah dibaiki sepenuhnya namun dari permerhatian ianya masih tiada pengguni lagi.

Da abis pon aku citer psl One Fathom Bank. So sekarang aku nak citer plak pasal pengalaman aku kat kowang masa aku g One Fathom Bank ngan wif aku, bapak aku n adik laki aku. Ini lah kali pertama kau jejak One Fathom Bank. Selalu nye aku dengar kat situ ade ikan yang besar2. Tu yang aku teruja sangat bila dapat g sana. Aku g sana atas anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Laut. Satu kepala bayar la RM20 kire murah la tu kan? huhuhu. Exspidisi ni berjalan selama 2 hari satu malam. So kitorang kene la bawak baju n alat2 yang patut untuk kegunaan disana nanti. X ketinggalan juga senjata pemburuan aku pon aku bawak. Jgn salah paham beb... aku bukan bawak pistol pon. senjata yang aku maksudkan ialah set joran aku la... hahahaha.

(MV Pedoman)

Kami bertolak berkumpul di jeti Kapal Jabatan Laut. Sebanyak 40 orang yang menyertai expidisi itu. Kami bertolak pada pukul 9 pagi menaiki kapal jabatan yang diberi nama MV Pedoman. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Sambil menunggu sampai ke destinasi kami amik peluang ni memandang panorama laut. Banyak pelabuhan n kapal2 besar kelihatan di sepanjang laluan kami. Kemudian kami pon ambil pluang ni merehatkan diri masing2 dan tido diatas kapal
(Wife aku n sebahagian Pengunjung yg mnyertai Ekspidisi)

Apabila hampir sampai ke destinasi kami pon terjaga. dari jauh da leh nmpak umah api yg dimaksudkan. So kami amik kesempatan ni pasang la senjata pemburuan kami masing2... hehehe.

Setiba kat jeti tu nampak la kelibat anak2 ikan bermain2 di sekitar tiang umah api tu. dalam kepala aku pk da nk start labuh appollo wat pancing anak2 ikan tu. yer la mesti r nk cari umpan yg fresh... huhuhu.
(Ayah aku n Aku)

Sesudah kitorang mendaratkan kaki di atas flatform tu... masing2 sibuk mencari bilik utk simpan beg pakaian masing2. Then bermula la episod yg dinanti2kan. Cuaca panas mula mengiringi perjuangan kami... huhuhu. Perambut apollo dipasang menandakan bermulanye perjuangan kami petang tu mendapatkan anak2 ikan utk dijadikan umpan.
(Xde kje nk wat dah)

Ntah dimana silapnye. Umpan apollo yg diguna lgsg x mnunjukkan tnda2 minat ikan2 kecil kat bawah platform. Begitu juga dgn pemancing2 yg lain. Xtau ape yg x kene aritu. Sebilangan ikan shaja yg meragut umpan apollo. cukup2 utk dibuat umpan. Mybe ari yg kami pergi tu adalah time air mati kot. Wif aku nmpak x berputus asa. semakin rajin dia karau kekili bg mndpatkn anak2 ikan mggunakan apollo. Tp lain ikan yg dicari lain plak ikan yg dpt. Ikan tu bwarna itam n kuning mcm harimau la plak. Aku pon xtau ape nama ikan tu. Kali pertama tgk ikan tu. Nmpak mcm rupa ikan yg duk kat batu karang.

                                             
Hari da mkin panas. x lama selepas tu kedengaran bunyi jeritan salah seorg pengunjung yg dtg bersama2 kami. Rupa2nye joran mmber pengunjung tu direntap ikan. Apa lagi... kelam kabut org tu capai joran n trus... Zussss!!! bunyi joran disentap kuat. Aku yg tgk kt sebelah trut terpaku melihat lengkungan joran brader tu. Perghhh... besar ikan tu... Aku melabuhkn joran aku ke lantai. Mata aku asyik melihat brader tu bertarung. Joran semakin melengkung. Ramai org bersorak mmberi smangat kt brader tu. Tba2 sume org mngeluh. Tali pancing brader tu terptus. Mybe ikan di bawah tu terlalu berat n tali yg digunakan x sesuai. Jelas kelihatan wajah hampa brader tu. Melihat fenomena tu. aku pon mula berangan2 nk dpt merase mcm breder tu. Maklum la aku x pnh pon merase joran disentap cmtu. huhuhu

(dr blakang : Ayah, adik aku n wif aku)

Tgu punya tggu, tba2 joran ayah aku disentap. dengan tindakan yg pantas ayah aku pon menyentap kemas jorannye. Ikan mula memberikan tentangan. Ayah aku memulakan aksinye. Kekili dikarau laju bimbang ikan berlegar di tiang yg dipenuhi teritip yg boleh memutuskan tali tangsi. Ikan masih mmberi tentangan yg kuat. Ayah terpksa menahan memandangkn ikan x mahu mngalah. kekili berbunyi menandakan tali keluar ditarik ikan. Pastu... tusss.... tali putus!!! argh!!! aku n ayah mnjerit kehampaan. sama la mcm brader sebelah td. huhuhu. Tali putus angkara teritip. Ikan kt sini bijak btul. pndai plak ptuskan tali.

(sebahagian ikan2 yg diperolehi mggunakan umpan apollo)
(ikan selar)
(ikan tamban)

Wif aku masih lagi meneruskan aktiviti mengarau apollo dgn tekun utk membekalkn umpan yg ckup utk kami memandangkan ikan selar dan tamban ssah nk dpt pd hari tu. Cian gak aku tgk wif aku. Begitu tekun sehingga lenguh tangan mengarau kekili. So aku plak yg amik alih n wif aku plak yg jaga pncing aku. Karau punya karau hanya sedikit shaja yg diperolehi. Setelah penat n x tahan dgn panas yg membahang kami pon masuk ke dlm rumah api utk mnjamu hidangn petang bg mghilangkn lapar n dahaga.

Selesai makan n minum, aku n wif tukar pot mancing plak. kitorg mnuruni tgga tempat kapal berlabuh n memncing disitu mggunakan teknik dasar berumpankn hirisan ikan selar. Kami mggunakan joran yg lembut serta saiz batu n matakail yg kecil.  so hajat nk pncing ikan yg kecik2 jer. wif aku tkut kang dpt lak ikan besar sbb tu guna kail kecik. hahaha. x smpai 10 saat mmancing, joran wif aku direntap ikan. ape lg, kelam kabut la wif aku karau kekili. akhirnya ikan berjaya dinaikan. Ikan yg cantik tp aku xtau ape nama ikan tu. berwarna kuning diatas badan n berbelang hitam sepanjang badan ikan tersebut. Ikan tu kami lpaskn semuala ke laut sbb wif aku ckap syg nk mkn ikan tu sbb cantik. hahahaha. Sekali lg joran dilabuhkan umpan. Kali ni x smpai 10 saat ikan trus mragut umpan. Ikan yg sama juga diperolehi. Kali ini saiz lebih besar skit dr yg mula2. Ikan tersebut dilepaskn jua. Then kitorg pon kemaskn joran n naik ke atas flatform.

(spesis ikan cantik yg x diketahui namanya)

Aku mlabuhkn joran dr atas platform. Kali ini aku berjaya menaikan ikan tapak kasut (menurut kata pakcik yg kje ket umah api tu) yg berwarn aitam n terdapat jalut putih selari sepanjang bdan ikan itu. Rupa ikan tu mcm ikan haruan tasik tp atas kepala ikan tu mcm tapak kasut. mybe dr situ ikan tu dpt nama kot. aku pon mghadiahkn ikan tu pd pkcik td. Selepas itu tiada tgkapan berjaya dinaikan. Hari semakin gelap. Aku n keluarga aku yg len amik peluang ini mmbersihkan diri.

Setiba waktu mlm disinari cahaya lampu spot light aku mlabuhkn pncing. angin terlalu kuat. sejuk kian terasa. hanya aku n lain2 mmancing kt situ. Wif, ayah n adik aku berehat di ruang penginapan. Aku memancing sehingga tgh mlm. Namun tiada langsung tangkapan berjaya dinaikan. Aku trus berkemas n masuk tido... mngntuk beb... tgh sejuk ni best lyn tido... huhuhu.

Keesokkan paginye aku bgun bersarapan ramai2. Sambil mkn aku pandang ke laut. Xkn xde ikan kot kat sini? da mkin kurang ke ikan? Ataupon aku yg x ckup kemahiran mnjejaki ikan yg besar2 ni? Aku trus melayan persoalan yg tiada jawapan. Perasaan hampa timbul sedikit kerana ikan yg diimpi x diperolehi. Aku mngajak istri aku mngemas brg utk persediaan sblom bertolak pulang ke port kelang. Sewaktu memindahkn barang2 ke dlm kapal. kelihatan ikan Telinga gajah bermain2 di tiang umah api. Rase geram pon ade. time org nak blik bru dia nk timbul. ceh... mmg aku kene perli kaw2 ngn ikan tu... hahahaha


(Bergambar kenangan sebelom berangkat pulang)

Akhirnya kami bertolak pulang pada pukul 12 tgahari n sampai ke jeti Jabatan Laut Port Klang pd pkul 3 ptg. Alhamdulilah kami selamat pulang. Walupon hampa, aku tetap nk pergi lg andai ade pluang suatu hari nti. Insyaalah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)