Jumaat, 16 Julai 2010

Penjagaan Umpan Udang Hidup

Bercakap pasal umpan ni semua kaki pancing da terpikir terdapat bermacam2 jenis umpan yg sering digunakan untuk memancing di laut atau sungai. Umpan Seperti Udang, Sotong, perumpun n ikan belanak seringkali kita guna dalam keadaan hidup untuk mendapatkan hasil yang memberansangkan, betul x?

Kat sini aku nak citer pasal umpan Udang Hidup. kadang2 kita rasa sangat membebankan untuk membawa udang hidup kelaut kerana proses menjaga dan handling amat rumit. kalau tidak udang itu akan mati. aku nak kongsikan disini TIGA tip untuk memudahkan kenkawan semua.

TIP 1

1. masukkan udang dalam tong dengan bantuan motor untuk buih.

2. titikkan ubat untuk pengsankan udang(ada jual di kedai akuarium) mengikut sukatan dan biarkan beberapa ketika sehingga udang landing kat dasar.

3. sediakan ais bongkah selebar 1 kaki persegi dan sekeping surat khabar. masukkan ais tadi dalam peti ais pastu lapiklah surat khabar diatas permukaan air.

4. kutip udang yang dah lemah tadi satu persatu dan susun dalam keadaan baring mengiring. pastu biarkan ia keras beberapa jam.

5. masukkan bongkah ais bersama udang tadi dalam coleman yang ada ais dalam keadaan spt dalam peti ais tadi setiap masa.

6. keluarkan seekor2 bila nak digunakan dan pastikan udang dalam tong sentiasa dlm keadaan sejok.

7. cangkutkan udang tadi kat ekor pastu rendamkan sekejap dalam air laut. dalam beberapa saat buih dalam badanya akan bergerak pastu ia akan melenting dan hidup kembali.

TIP 2

1. dapatkan udang hidup pastu masukkan semuanya dalam tupperware dalam keadaan hidup pastu masukkan air laut sehingga penuh.

2. masukkan dalam freezer sehingga beku dan masukkan tupperware tadi dalam tong coleman yang ada ais.

3. keluarkan sekor demi seekor bila nak gunakan. udang ini kualitinya sama dengan udang hidup dan kadang kala udang itu hidup bila kita turunkan kelaut.


TIP 3
 
Tip yg ketiga ini adalah tip yg selalu aku gunakan bila kelaut. Ini kerana ianya mudah n ringkas. Namun hasilnya tidaklah 100%.
 
1. Sediakan sangkar benang yg boleh didapati di kedai2 pancing yg terdapat dlm pelbagai2 saiz n warna. Lagi besar saiz sangkar itu lebih baik bagi mengelakkan udang2 kesempitan ruang n kelemasan.
 
2. Masukkan udang kedalam sangkar.
 
3. Letakkan sangkar tersebut ke dalam laut dan biarkan ia kekal berada di dalam air laut.
 
4. Keluarkan udang yang ingin dijadikan umpan secara berhati2. pastikan anda basahkan tangan dengan air laut bagi mengelakan badan udang kehilangan lendir yg boleh mnyebabkan udang tersebut mati.
 
Setakat ini sajalah tip2 yg dapat aku kongsikan kat sini. Jika ade sape2 yg ade tip2 yg lbih best bersama2 la kita kongsi utk rujukan n panduan buat kaki2 pancing yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)