Jumaat, 16 Julai 2010

Tip-tip ketika memancing

haa... kat sini aku nk citer kat kowang sume mengenai tip2 yg biasa aku amalkan bila turun memancing, Tip2 yg aku bagi ni x semestinye memastikan kowang mendapat hasil yang lumayan. sbb ikan yg kowang dpt tu rezeki dr tuhan... dapat ikan atau x dpt ikan tu sume bgantung pd rezeki tuhan... so jgn salahkan sape2 k. Berikut adalah tip2 yg selalu aku amal. Kalo ade yg sudi berkongsi tip kat sini kita kongsi2 la bersama yer...

TIP PERTAMA

Dengar cakap Tekong n perihal umpan 

Tekong yg aku maksudkan kt sini ialah ayah aku sendiri. Sbb ayah aku la aku jd gile pancing smpai skrg. hehehe... mcm kowang plak ikut la ckap org yg lebih berpengalaman psl pancing2 ni. Ayah aku ni da jd sifu aku kalo bab2 pancing ni. So kalo ayah aku bg arahan aku akur jer. ayah aku ni lg lama trun laut dr aku. so segala arahan yg diberikan tentulah berasaskan pengalaman beliau. Biasa Kalau ayah suruh guna umpan udang...guna umpan udang...kalau ayah suruh guna umpan perumpun...guna umpan perumpun! Kalo disuruh guna sotong, gunalah sotong...(Ada sebab mengapa ayah suruh buat begitu walaupon kadang2 aku guna jugak umpan udang bila disuruh guna umpan yg lain.. bkn ape beb... mybe bg aku udang ni lagi best kot. hahaha). Begitu juga ngan lain2 arahannye yg berasas. Tp kalo x dpt ikan yg bagus2 jgn plak kowang salahkan tekong. Perlu diingati bahawa rezeki tu dr tuhan... so jgn salahkan sape2 k...

(sotong gurita hidup)
(udang hidup)
(perumpun)
TIP KEDUA

Jadual air pasang - surut 

Hanya waktu2 tertentu sahaja ikan meragut umpan. So kalo nk tau bila time ikan galak ragut umpan rajin2 la kowang rujuk air psg surut. Jadual air psang surut ni kowang leh dpt dlm majalah2 pncing or surat khabar yg berkaitan ngn perihal pancing. Jadual air juga boleh dibeli secara 'copy' di kedai2 pancing berdekatan. Kalo kowang main redah jer trun pancing jgn plak kowang ckap sungai or laut tu da xde ikan. Kalo ade pon sesirat n buntal ok la tu... hahaha

TIP KETIGA

Perambut 

Selalunya orang yang memancing akan bertanyakan saiz perambut yang sesuai digunakan! Usahlah kita memandai! Kalau tekong cakap guna perambut 70-80lb...guna je la! Kalau tekong suruh guna main line 60lb (benang) guna je la.. Begitu juga dengan saiz mata kail! Ikut saiz yang tekong gunakan! Andainya tekong menggunakan perambut satu depa dan satu mata...ikut saje. Jangan guna perambut 3-4 mata tu...menghabiskan umpan sahaja.. Aku sendiri akan bertanya kepada ayah aku andainya aku memancing di tempat orang! Biar kita tak pandai tetapi kita belajar...tetapi jangan 'memandai'.


TIP KE EMPAT

Letak Joran di bawah/ dalam sampan

Entah kenapa aku tak berkenan pemancing yang mencacakkan joran di dalam lubang tepi sampan! Sangat jarang orang yang naikan ikan kalau joran dicacakkan disitu!Kebanyakannya joran yang dicacakkan akan menghabiskan umpan sahaja! Sebabnya kurang kawalan!

TIP KE LIMA

Kapasiti Joran

Joran! Joran memainkan peranan penting! Joran kegemaran aku adalah berkapasiti Medium Heavy 8-20 lb. Mungkin ikan di kawasan Port Kelang tidak serupa di kawasan lain seperti di Pantai Timur. Ikan di sini tidak serakus ikan di Pantai Timur kerana dietnya yang banyak di kawasan paya bakau. Umpan memancing juga kena ikut selera ikan di sini. So sbb tu kalo aku trun memancing aku lebih suka guna joran yg lembut. So bila dpt ikan kecik pon dpt la juga tgk joran tu melengkung... layan beb! hahaha


Setakat ini saje dulu...semuga dapat di manafaatkan kepada pemancing semua.. Kalo ade salah silap tolong tgur yer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)