Khamis, 26 Ogos 2010

Persiapan Memancing

Dalam dunia memancing, kita perlu tahu apakah persiapan sebelum pergi memancing. Segala kelengkapan perlu disediakan agar tidak timbul masalah semasa pergi memancing. Persiapan yang perlu dilakukan bukan sekadar mempunyai joran dan umpan yang baik tetapi juga keperluan lain. Keperluan ini tidak kurang pentingnya sebab tanpa keperluan-keperluan ini ia akan menimbulkan masalah kepada para pemancing.

Ini yang dapat membezakan antara pemancing yang berpengalaman dan tidak berpengalaman, antara pemancing berilmu ataupun kurang berilmu. Persediaan fizikal dan mental juga penting dalam memancing. Mari kita lihat apakah peralatan yang diperlukan sebelum kita turun memancing.


Peralatan seperti berikut :

Kelengkapan alat untuk memancing

Peralatan yang paling asas bagi seorang pemancing adalah joran dan mata kail. Tambahan kepada itu adalah umpan, enjin, minyak enjin dan sauh. Enjin, minyak dan sauh diperlukan bagi orang yang ingin memancing di tengah laut dan sungai. Joran, mata kail dan umpan pula berbeza bergantung kepada ikan yang ingin ditangkap.


Jaket keselamatan
Jaket keselamatan untuk keselamatan terutama pada orang yang tidak tahu berenang. Walaupn seseorang itu berkemahiran berenang skalipn jika ombak besar menghempas lemas juga akhirnya. adalah baiknya jika dipakaikan jaket keselamatan ini. malang x berbau.

Makanan dan minuman
Bekalan makan dan minum. Ini salah satu peralatan terpenting antara yang penting, tanpa peralatan ini kebuluran orang yang pergi memancing. Air kosong atau mineral amat penting. kerana badan sgt memerlukan air tidak kira dimana kita berada. manusia leh hidup jika 10 hari x mkn. tapi jika sehari x minum air amatlah memudaratkan...

Baju Hujan
Baju hujan bagi melindungi diri dari hujan. kesejukan akibat hujan boleh mnyebabkan badan terasa lemah dan mengalami hiportemia.

Baju lengan panjang
Baju labuh atau bertangan panjang bagi melindungi diri dari panas, gigitan nyamuk dan agas.

Topi
Topi bagi berteduh daripada panas dan hujan. Gunakan topi yg dikhaskan untuk acara memancing agar ia lebih memberi keselesaan kepada para pemancing.

Ubat-ubatan
Ubat-ubatan bagi kecemasan ataupun berasa kurang selesa.

Tali
Tali bagi tujuan khas. samaada digunakan untuk memanjangkan tali sauh atau digunakan utk tujuan penyelamatan

Pisau

Pisau ataupun parang. Ini penting bagi mempertahankan diri. leh gak guna wat potong ekor pari yg besar. kalo leh jauhkan pisau dr jd barang mainan kanak2. jgn biarkan anak anda diselubungi mesteri seperti diatas...

Kain buruk @ sarung tangan
Walaupun nampak remeh tetapi banyak kegunaannya. Perlu untuk menarik tali pancing yang tersangkut, untuk dibuat lap tangan yang kotor dan banyak lagi.

Stokin
 Stokin Panjang bagi mengelakkan gigitan serangga seperti agas dan nyamuk. Ia juga bagi melndungi kaki daripada pancaran terik matahari serta kesejukan waktu mlm.

Wisel
Wisel untuk kecemasan (termasuk jika ingin memohon bantuan jika engin rosak ataupon sedang terapong bersama life jaket. tiupan wisel boleh menarik perhatian kaki pancing yg lain utk dtg menyelamatkan mangsa

Beg Plastik

Plastik besar sebagai tempat meletak beg serta barang pancing jika hujan. juga boleh melindungi peralatan elektronik seperti jam tgn, telefon bimbit, manual sonar, radio dll dr terkena hujan. di nasihatkan agar mngurangkan penggunaan plastik (gmbar kiri). lebih baik gunakan beg mesra alam (gambar kanan) agar alam sekitar terpelihara.

Kotak simpanan ais
 Polystrin dan air batu. Ini penting sebagai tempat mengisi hasil tangkapan.

Lampu suluh dan ubat nyamuk
Lampu suluh, lampu ayam dan ubat nyamuk jika ingin memancing malam. Ini semuanya perlatan asas bagi memancing.

Banyak bukan? Nampak macam mudah sahaja pergi memancing, namun begitu apabila salah satu peralatan tidak disertakan mungkin menimbulkan masalah tertentu. Ini yang orang katakan “Kalau ingin memancing, buat cara hendak memancing.”

Peralatan lain seperti khemah, peralatan memasak dan sebagainya juga diperlukan jika ingin memancing lebih daripada satu hari.Dalam mencari cinta, kita juga diibaratkan sebagai seorang pemancing. Betulkah begitu? Betul. Kita perlu menjadikan diri sebagai pemancing tidak kira perempuan ataupun lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)