Selasa, 8 Mac 2011

aRz oNe Team

aRz oNe Team adalah kumpulan pemancing baru yang ditubuhkan pada awal tahun 2011 serta mempunyai ahli yang kecil buat masa ini iaitu seramai 3 orang sahaja iaitu aRz oNe sebagai pengasas kumpulan ini serta 2 orang adik beradik iaitu Aidil dan Ajmal.

aRz oNe dan Senangin
Aidil dan Siakap
Ajmal dan Tetanda

Kumpulan ini asasnya ditubuhkan dengan mengeluarkan bajet yang kecil. Jadi, kumpulan ini hanya menjadikan kawasan muara dan sungai sebagai lokasi untuk menjejak ikan-ikan muara seperti pari, siakap, tetanda, senangin, tebal pipi, kekaci, siakap merah dll.

(sampan fiber glass 17 kaki n enjin suzuki 8hp)

Atas berkat usaha ahli-ahli kumpulan ini, buat permulaan kumpulan ini berjaya memperolehi aset kecil iaitu sebuah sampan fibre 17 kaki n enjin sangkut suzuki 8hp. Walaupun memiliki aset kecil, ini adalah permulaan yang memberangsangkan malah menaikan lagi semangat bagi ahli-ahli kumpulan ini untuk terus memburu 'trophy' di serata muara. Bertekad untuk pergi lebih jauh lagi, Akhirnya dengan berkat usaha n murah rezeki, kami berjaya memiliki sebuah sampan 22 kaki beserta enjin sangkut Suzuki 40hp.

(sampan fiber glass 22 kaki n enjin suzuki 40hp)
(Bahagian Hadapan)
(Bahagian Tengah)
(Bahagian Belakang)

Insyaalah, berbekalkan sedikit pengalaman serta kemahiran team arz one akan memburu hasil di sekitar pulau-pulau Port Klang ini. TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)