Khamis, 24 Mac 2011

Garam Lambatkan Ais Cair

AKTIVITI memancing selama dua atau tiga hari sama ada di perairan laut atau air tawar dengan membawa tong ais ke padang pancing adalah satu kemestian bagi kaki pancing semua yang menginginkan ikan kekal segar atau tahan lama. Namun, ais yang dibekalkan dalam tong masing masing kadang kala tidak sampai waktunya dan semakin cair dan tidak lama kemudian hasil tangkapan mudah menjadi busuk walaupun dalam tong yang kedap udara.

( Garam Kasar dan Bekas Ais )
 
 Petuanya supaya air menjadi tahan lama ialah sebelum melakukan perjalanan ke padang pancing, ambilkan segenggam garam kasar dan kemudian taburkan garam itu dalam tong yang berisi ais. Di katakan garam yang dimasukkan dalam tong ais tadi mampu merendahkan lagi suhu sejuk ais tersebut dan akan membuatkan ais menjadi tahan lebih lama.

1 ulasan:

  1. Bukan ke garam akan lagi mencepatkan ais jadi cair. Contoh di oversea yg ada winter, diaorg gunak garam untuk cairkan ais. Waallahuallam...sekadar berkongsi.

    BalasPadam

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)