Isnin, 28 Mac 2011

Memancing di Port Kelang 2011 episod 1

Lokasi : Lubuk Sementa, Muara Sg. Sementa Kecil

Tarikh : 26 Mac 2011

Bacaan air : 0407 1.6, 1001 3.9, 1607 2.0, 2217 3.7

Pemancing : aRz oNe dan Aidil

Joran :

aRz oNe :
Lemax VIP Stick 5 1/2ft (rod), D.A.M Quick HPN 320FS (kekili), line 30lb (sulam)
Navy Yellow Fin Tuna 5 1/2ft (rod), Banax Tracker 15 (multiplier), line 100lb (sulam)
Xpuyu Intima 5ft (rod), Pelamis Praxis 1000 (kekili), line 20lb (sulam)

Aidil :
Xpuyu Eagle Power 5ft (rod), Daiwa D2500 (kekili), line 20lb (tangsi)
Greventon 5 1/2ft (rod), Ajiking Pro Cast 6500c (multiplier), line 60lb (tangsi)

Umpan : Sotong Hidup (2 ekor)

Sekian lamanye aku x update blog ni. da masuk thun 2011. cepatnye masa berlalu. skrg da masuk bln mac. So dgn kesempatan yg ada ini aku karangkan pengalaman team arz one kt sini utk bacaan dan kenangan.

Pagi tu aku rancang trun mancing kul 0630 pagi pas solat subuh. tp terlajak lak tido smpai kul 0730 pagi. aku trus call aidil, "wei, ko sampai jeti kul bape nti?" soal aku. "mybe aku sampai kul 9 kot. nk hantar wife aku g kje dlu" jwb aidil selamber. "ok2." aku mengiakan je jwpan aidil tu n trus end call. pada perkiraan aku, kul 9 ni air da mula penuh. so aku rase kalo mancing pon arus da x jalan. kul 10 lebih baru arus bertukar arah. so, aku membatalkan saja niat aku untuk trun sorang2 smentara mnunggu aidil tiba ke jeti. Rugi minyak je kalo aku trun sorang2 pastu kene patah blik amik aidil kt jeti. kalo kul 0630 pagi td trun ok la jugak. leh la layan. skrg air da penuh x best la plak. padan muka sape suh bgun lmbat. aku memerli diri aku sendiri. hahaha

(Jalan Menuju ke Jeti Sementa)

Jam menunjukkan pukul 0745. aku segera mnyiapkan peralatan mancing yg perlu dibawa. sambil menunggu kelibat aidil tiba, aku memunggah barang2 keperluan memancing ke atas sampan. Selesai dgn itu, aku menjamah sedikit sarapan pagi. sesudah bersendawa sejenak, aku buang air yg bertakung dlm smpan. enjin suzuki 8hp dihidupkn utk sesi pemanasan. Aku merenung jam n menunjukkan waktu sudah pukul 9. kelibat aidil belom tiba. aku pon mengambil keputusan menunggu aidil di atas jambatan berhampiran kunci air. Kelibat sekumpulan pemancing baru tiba disini. memunggah barang2 pancing mereka. Dengan muka aku yg penuh kepoyoaan ini tanpa segan silu aku menyapa salah seorang dr mereka. "nak trun kemana bro?" aku bertanya. "pulau ketam jer" jwb bro tu. "bape org?" aku bertnya lg. "ikutkan 5 org, 2 org lak last2 minit cancel. so trun 3 org je la" jwb bro tu dgn senyuman sinis. X jauh dr situ aku ternmpak salah seorang dr mereka membawa satu beg plastik besar berisi perumpun sarang. "perghhh!!! byk gile umpan. dua hari mancing x abis tuuu. kemudian dtg pula seorg membawa sebaldi sotong hidup. anggaran aku dlm 10 ekor sotong hidup. "bape hari nk mancing ni bro?" tnya aku yg terkesima. "ptg ni blik la" bro tu jwb. perghhhh!!! umpan byk gile bagai nk memancing 2 hari. tp ptg ni gak blik. aku lak trun mancing sekadar umpan sotong hidup 2 ekor jer... huhuhu.

(Permandangan jeti dr atas jambatan kunci air)

Kul 0920 kelibat aidil pon tba. Ajmal x dpt menyertai trip pd kali ini kerana urusan kerja. Tp katanye ptg akan trun bersama sifu. Tanpa membuang masa, Aidil memunggah barang2 pancing ke atas sampan. Sempat lg aidil membelikan Mcd sebagai sarapan kami pagi itu. Sejak dr pagi td, life jaket sudah tersarung kemas kt badan aku. enjin dihidupkn dan perjalanan ke lokasi diteruskan. Tba2 aidil memandang aku dgn wajah yg ckup skema sambil menepuk2 dahi bagai org gile meroyan. "pe kene ngn ko ni?" tnya aku. sambil aidil menunjuk2 pada baju aku. "Life jaket aku ttggal r." jwb aidil. Rupa2nya aidil menunjuk2 pd life jaket aku sbb dia lupa bwk. hampeh tul mamat neh. tanpa membuang masa aku membuat 'drifting' n sampan aku senget sikit akibat dr terjahan drift yg aku wat td. so aku pon kemudi ke tempat asal n tggu aidil ambil life jaket beliau yg tertinggal. pesanan kepada pemancing2 di luar sana, pancing tu pancing jugak... keselamatan tu jgn lupa beb...!!! selesai aidil mndapatkn life jaketnye, kitorang pon meneruskan misi yg x berapa mustahil... huhuhu

Sejurus tba di lokasi pertama, bermulalah aktiviti kami. Aku yg pada mulanye sudah tahu waktu begini ikan ssah nk mkn umpan, melabuhkan juga umpan ke dasar laut dgn harapan akan ada getuan ikan di dasar. setengah jam menunggu tiada tanda2 umpan diragut. Aidil yg mula menampakkan kebosanannya kerana dek ikan2 yg sombong xmau menyentuh umpan, beliau menyuruh aku berpindah ke lokasi lain. Bagi aku lokasi ini sudah ckup baik cuma arus x bergerak menyebabkan ikan2 kurang aktif meragut umpan. So, untuk menyenangkan hati aidil, sauh diangkat dan aku pon berpindah ke lokasi kedua.

Setibanye ke lokasi kedua, sauh dilabuhkan. jam menunjukkan sudah pukul 1045. Inilah waktu terbaik kerana arus sudah mula bergerak surut. Aku tanpa melengahkan masa trus melabuhkan umpan ke dasar laut. Sambil aku n aidil menunggu getuan dr ikan. tba2 joran aku memberikan respon. aku menyentap kemas dan mengarau multiplier aku. seekor duri anggaran 500g dinaikan dan menjadi tgkapan pertama pada trip kali ini. Aku yg kurang menggemari ikan ini trus melepaskan ikan duri ini semula ke laut.

(panorama di lokasi memancing)

Selang beberapa minit, aku memeriksa umpan pada joran yg lain. sebaik aku mengarau kekili tba2 joran aku terasa berat namun tiada tentangan ikan di bawah sampan. Aku mengeluh kerana menyangkan ia adalah ikan sesirat kerana setiap kali aku menaikan ikan itu, ia x memberi tentangan. Tp telahan aku ternyata salah. Sebaliknya aku menaikan seekor ikan yu cicak dlm anggaran 400g. itu kali pertama aku menaikan ikan spesis ini. Kail dicabut dan ikan tersebut dilepaskan serta merta. Rosak mata kail aku dikerjakan yu ni. kail baru dipasang n aktiviti menunggu diteruskan. hahaha

(aRz oNe dengan Yu Cicak)
(Melepaskan Yu Cicak Ke Laut)

Sejurus melepaskan ikan yu cicak, aku memriksa umpan pada joran yg ketiga. sedang aku mengarau tiba2 rasa sangkut di dasar laut. aku menarik joran dengan cermat. tali x mahu putus. tarik punya tarik akhirnya sangkut td terlepas juga. aku trus mngarau tali seperti biasa. tp terasa berat. dr atas permukaan air aku da nmpak kelibat sesirat. cmne lak td sangkut leh plak sesirat ni naik? pelik aku. padahal td tarik sangkut tu bgai nk tercabut jari2 aku. mgkin sesirat ini membawa umpan lari ke batu karang dan menyebabkan tali tersangkut. aku pon angkat ikan tersebut ke sampan dan membuka kail dr mulut sesirat ini. Nasib baik sesirat ni x degil. xde lak ganas dia membelit tali. senang keje aku nk cabut kail dari mulut ikan ni. serta merta aku lpaskan semula ikan ini ke laut. aktiviti ditruskan lg. huhuhu

Selang beberapa minit, joran aidil melengkung. kasar gak ikan ni mkn. lapo kot hahahaha. karau demi karauan akhirnya aidil menaikan seekor pari lalat anggaran 400g. tersengeh2 gak aidil sbb inilah ikan pertama trip kali ini yg didaratkan aidil. huhuhu

(Aidil bersama pari lalat)

Jam Menunjukkan pukul 1100. Kami merancang utk pulang awal iaitu pada pukul 12 kerana Aidil kene blik amik wife dia dr opis. aku plak kene bersiap balik sbb da jnji ngn wife aku blik kg. Hari mula menunjukkan kepanasan. Pancing tetap mancing gak. hahaha.

Aktiviti semakin rancak berikutan arus yg bergerak surut membuka peluang kami mengarau hasil. Aidil telah menaikan 3 ekor ikan duri dlm anggaran 100g, 300g dan 350g. Ikan2 itu dilepaskan semula. menjadikan mata aku ngn aidil 3-4. aku ketinggalan mata di belakang aidil. Tba2 joran aku melengkung kasar. Aku sangkakan seekor anak tetanda yg meragut umpan. tp seekor ikan gelama anggaran 350g yg naik. Saiz begini mmg sesuai utk dibuat lauk. menjadikan mata kami seri. huhuhu

(aRz oNe bersama gelama)

Aktiviti diteruskan lg. Bahang panas makin terasa. Kulit pon da itam huhuhu. Aku berjaya menaikan lg seekor ikan duri n ikan mayong dlm anggaran 250g dan 600g. Ikan2 ini juga dilepaskan semula. aku berjaya memintas aidil 5-4. hahaha

(mayong dgn selipar saiz 7)

Jam semakin hampir menunjukan pukul 12. ikan pula semakin galak meragut umpan. cuma masa x mengizinkan kami utk memancing lebih lama. Tba2 joran aku melentik2. Aku menyentap kemas. Ikan agak melawan. Aku agak ia seekor mayong tgk dr cara perlawanan. Tp aku asyik salah aje meneka kelibat ikan2 ni. Seekor ikan sembilang seberat anggaran 1kg dinaikan. Boleh thn jugak sembilang ni melawan.

(aRz oNe dgn sembilang)

Tersentak dgn itu, tba2 joran aidil hampir2 terbang jatuh ke laut. Tindakan yg pantas menyelamatkan joran itu dr terjatuh, aidil trus mngarau melawan kelibat ikan yg kasar n ganas. Agak kuat juga ikan ni melawan. lg2 aidil mggunakan set kekili yg ringan. ahkirnya seekor sembilang anggaran berat 1.3kg dinaikan. Dengan pendaratan ikan sembilang ini juga, berakhirlah trip kami pd kali ini. mnjadikan mata kami 6-5. hehehe

(Aidil dgn sembilang)

Walaupon memancing dlm masa yg singkat iaitu selama 2 jam sahaja. kami berpuas hati kerana berjaya menaikan lebih 10 ekor ikan pd trip kali ini. Akhirnya kami mengemaskan pancing masing2 dan bertolak pulang.

(Dlm perjalanan pulang)

Sekian sahaja episod pertama bg trip kali ini. jumpa lg episod kedua. nntikannya yer... huhuhu

(Antara Hasil yg dibawa pulang pd trip kali ini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)