Khamis, 31 Mac 2011

Menghilangkan Hanyir Ikan

MENGHILANGKAN bau hanyir pada ikan air tawar kadang kala menjadi masalah kecil kepada pemancing yang ingin menjadikan tangkapan mereka sebagai juadah makanan atau sebagainya.

Sekiranya ikan tidak dicuci dengan sebaiknya, ikan yang dimasak dengan menu idaman mungkin akan terjejas rasa kemanisan isi ikan itu kerana bau hanyir terbabit.

Petua di sini, selepas membuang sisik dan isi perut ikan dengan sisa darah pada bahagian tulang dan kemudian rendamkan ikan tersebut dalam air dicampurkan dengan asam limau. Selepas itu masukkan sekali kulit limau tadi dan biarkan selama 10 minit. Dikatakan asid yang terdapat dalam limau itu akan membuang sisa-sisa bau hanyir pada ikan dan sekali gus melembutkan isi ikan agar senang digoreng tanpa meninggalkan bau hanyir.



Anda juga boleh mencuba bahan lain seperti air asam jawa dan bancuhan tepung gandum sekiranya bau hanyir masih terlekat pada ikan itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)