Isnin, 4 April 2011

Memancing di Port Kelang 2011 episod 2

Lokasi : Sg. Sementa Kecil, Sungai Puloh 

Tarikh : 02 April 2011

Bacaan air : 0530 4.5, 1141 1.0, 1746 4.9

Pemancing : aRz oNe dan Aidil

Joran :

aRz oNe :
Lemax VIP Stick 5 1/2ft (rod), D.A.M Quick HPN 320FS (kekili), line 30lb (sulam)
Xpuyu Intima 5ft (rod), Pelamis Praxis 1000 (kekili), line 20lb (sulam)

Aidil :
Greventon 5 1/2ft (rod), Daiwa D2500 (kekili), line 20lb (tangsi)
Xpuyu GS 5 1/2ft (rod), Ajiking Pro Cast 6500c (multiplier), line 60lb (sulam)

Umpan : Udang & Belanak (jala)

lebih kurang pkul 0930 aku n aidil tba ke jeti. Misi kami kali ini ialah siakap n tetanda. walaupon peluang untuk memburu siakap 20% dan tetanda 80% tp kami tetap bertekad menjejak sang siakap. bkn mudah ingin menjejak raja muara yg sentitif pada suasana bising n sentiasa bersembunyi ini. seringkali habitatnya adalah dikawasan akar2 bakau yg sunyi. jadi kami perlu pergi lebih jauh utk menjejak raja muara ini. 

 (Aidil memunggah keluar peralatan memancing dr kereta)

Tanpa melengah2kan masa, kami memunggah barang2 yg perlu dibawa dr kereta aidil. Tak jauh dr kami ada brader sorang ni. dia lah yg jual sampan yg kami guna skrg. aku minta tlg brader tu tggikan 'timing' enjin bot tu. nasib baik brader tu sudi tgk2 enjin bot kitorang. aku ni pon bru je berjinak2 guna enjin bot ni. so byk yg aku masih nk belajar n kene blajar. so brader ni la yg leh tlg aku ajar benda2 ni. brader ni kami pggil abang rahim. Selesai ejas2 enjin tu, kitorang pon kemas2 brg ke dlm sampan.

(peralatan2 yg siap dipunggah ke sampan)

enjin dihidupkan... bunyi mcm pelik skit... mula2 jalan ok... tup2 trus semput n mati. plak dah... puas aku tarik tali starter smpai lenguh2 tgn aku xnk jugak enjin ni start. time da start tp semput plak. enjin x laju. bunyi pelik semacam. aku berpatah blik n berpaut pada tiang jeti yg len untuk elak hanyut. sampan diikat n abg rahim dipanggil utk check prob enjin tu. cek punya cek... abg rahim ckap pelampung minyak dlm enjin x berfungsi. byk minyak petrol melimpah kua dlm body enjin. minyak petrol tu dibuang. pelan2 abg rahim buka satu persatu part yg ade prob. then abg rahim menunjukkan bgaimana enjin ini berfungsi. sesi pembelajaran pon bermula hahahaha. akhirnya enjin berjaya dihidupkn seperti biasa walupon memakan masa lebih setengah jam. kejadian ini sedikit sebanyak mmggangu aktiviti kami utk menjala sementara mnunggu air surut balas pasang. 

(aRz oNe menebar jala)

enjin dihidupkn dan kami meneruskn aktiviti untuk mnjala di sungai sementa kechil yg terletak di sungai bersebelahan. ade la jugak hasil yg diperolehi. tba2 aku terkejut. jala yg ditebar tersangkut seekor ular. x pasti ular ape, bisa ke x? yg penting keselamatan harus diutamakan. aku berhati2 mngangkt ular tersebut ke sampan setelah gagal melepaskan ular itu bila jala digoncang2. kepala ular itu membelit tali jala menyukarkn proses pelepasan semula. dgn berat hati, aku pukul ular itu dgn sebatang kayu di kepala. mmg kejam tp terpksa.... xde niat lgsung aku nk bunuh ular tu. semua kerana terpksa....

(ular yg tersangkut pada jala)
(walupon da mati tp tetap berhati2 mengeluarkan kepala ular dr jala)
(ular yg telah keluarkan dr jala tp nyawa melayang tnpa dipinta... sori yer...)

Aktiviti menjala diteruskan lagi. tebar demi tebar... akhirnya penat terasa... menamatkan trus aktiviti menjala. jala dikemaskan dan perjalanan diteruskan ke sungai puloh. aidil memasukan udang hidup n ikan belanak ke dalam satu bekas. aidil menukar air laut yg bersih sedikit ke dlm bekas berisi umpan td. x disangka2 aidil menggunakan bekas yg masih berisi minyak enjin kereta untuk menyeduk air bersih ke dalam bekas umpan. atas kecuaian aidil itu, semua umpan mati bila tiba ke lokasi. terpksa la guna umpan yg mati ni utk pncing...

(antara deretan kilang2 yg terletak berhampiaran sungai puloh)

perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 20 minit dr sungai sementa kechil ke sungai puloh. air pon baru mula pasang. sebaik sahaja kami mnyusur masuk ke sungai puloh, kelihatan 3-4 buah sampan sudah berada di situ utk memancing. di sini mmg byk ikan tetanda, tp misi kami lebih kepada siakap hehehe. memandangkan air masih di paras yg rendah, kami mengambil peluang mnyertai rombongan2 memancing yg len. huhuhu

(sebahagian rombongan memancing di sungai puloh)

air sudah mulai pasang sedikit demi sedikit. kami membuat keputusan berpindah ke kawasan sangkar ikan utk menjejak siakap di situ. perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Smpai2 jer kitorg pon ape lg.... serang!!! hahahaha

(sangkar ikan)
(memancing berhampiran sangkar ikan)

setiap dr kami menggunakan 2 joran. satu untuk teknik pancingan dasar menggunakan umpan yg telah dijala td dan satu lg joran menggunakan teknik tundaan gewang. tanpa membuang masa kami menyiapkan perambut untuk joran masing2.

(Aidil tekun 'casting' menggunakan popper)

memandangkan air masih belum meninggi walupon sudah mulai pasang, kami menggunakan popper untuk casting di kawasan yg agak cetek. joran pancingan dasar juga dilabuhkan umpan udang ke tepi2 akar bakau dgn harapan dpt mengail sang tetanda. huhuhu. tggu punya tggu akhirnya joran aidil mengena. tp joran yg pncing dasar la, bkn popper tau hahaha. karau demi karau hasilnya seekor anak tetanda didaratkan. walupon ikan ini adalah sebahagian drpd misi kami kali ini, tp tidak memuaskan. umpan dilabuhkan lg...

(anak tetanda yg dinaikan aidil)

kali ini pncingan aku pula yg mengena. juga pncingan dasar. seekor tetuka dinaikan. peberet aku tuh huhuhu. umpan dilabuhkan lg... kali ini byk ikan sisik yg kecik seperti gelama n gegerut dinaikan. kemana plak sang tetanda ni menghilang....? x ketinggalan juga spesis yg selalu menemani kami kemana saja kami pergi bila trun ke laut. pasti akan dpt spesis ini iaitu sang sesirat. x pnh miss dpt ikan ni setiap kali trun mancing. kami da x heran. pasti tau akan ada spesis pengacau ni x kira dimana2 ceruk kami memancing air laut ni.

(aRz oNe dgn tetuka)

air semakin meninggi, aku n aidil menukar gewang. kami mggunakan gewang 'minnow' selaman dalam. casting punya casting... gewang aidil tersangkut plak atas pokok. ape da... ni nk mancing ikan ke mancing burung atas pokok tu? adessss... aidil menarik2 tali pancing. gagal juga menurunkn gewang yg sangkut. aku membantu aidil, hasilnye tali terputus n gewang kekal ke atas pokok. hmmmm... kira 'burn' la gewang ko tu aidil.... aidil yg kecewa memaksa utk tersenyum. mklumlah itu gewang kesayangan aidil. huhuhu

kami berpindah2 dr satu tempat ke satu tempat berhampiran sangkar itu... hasil yg ada x memuaskn.. air pula sudah pasang penuh. kami mengambil peluang untuk pulang... dalam perjalanan pulang ke luar ke laut dr sungai puloh, gelombang ganas. angin kuat. sampan kami pula kecik. hampir2 terbalik dihempas gelombang. aku terpksa memudi sampan dgn berhati2 memandangkan sampan kami x sesuai untuk keadaan seperti ini.

(keadaan ombak n angin yg ganas sepanjang haluan pulang)

pukul 0330 akhirnya kami tiba ke jeti dan pulang ke rumah masing2 dgn selamat. walupon hasil x memberangsangkan, kami percaya rezeki x kemana. len kali leh trun mancing lg... huhu sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)