Khamis, 14 Julai 2011

Memancing di Port Kelang 2011 episod 3

Lokasi : Sungai Puloh

Tarikh : 10 Julai 2011

Bacaan air : 0616 1.9, 1239 4.3, 1926 2.0

Pemancing : aRz oNe, Aidil dan Ajmal

Joran :

aRz oNe :

Lemax VIP Stick 5 1/2ft (rod), D.A.M Quick HPN 320FS (kekili), line 30lb (sulam)
Xpuyu Intima 5ft (rod), Pelamis Praxis 1000 (kekili), line 30lb (sulam)

Aidil :

Greventon 5 1/2ft (rod), Daiwa D2500 (kekili), line 20lb (tangsi)
Xpuyu GS 5 1/2ft (rod), Ajiking Pro Cast 6500c (multiplier), line 60lb (sulam)

Ajmal :
??? (rod), ??? (tangsi)

Umpan : Udang hidup, Sotong kurita hidup & perumpun

Tepat pukul 7 pagi aku, Aidil n Ajmal da bersiap sedia di jeti. Kami memunggah barang2 kedalam sampan. Tanpa membuang masa, minyak enjin dipam dan enjin pon dihidupkan. Bermula lah ekspidisi kami pd pagi yg sgt tenang...

(meredah anak sungai keramat menuju ke sungai puloh)

Ajmal mengemudi enjin sampan menuju ke simpang sungai antara sungai Chadong n sungai Puloh. Sebenarnya sungai chadong ini telah ditambak utk tujuan pembinaan lebuh raya kalo x silap saya. setelah sampai, kami bhenti berhampiran sungai chadong. Aidil memainkn peranan beliau menjaga sauh. Tanpa membuang masa enjin dimatikan dan sauh pon mula diturunkan.

masing2 menggunakan 2 joran. masing2 mula senyap... menunggu pemangsa meragut umpan.. hujan mulai turun renyai2. tiba2 joran aku menunjukan respon. aku berjaya menaikan seekor gelama yg kecik. ikan ini dirasmikan hasil pertama bg trip kami kali ini. x lama kemudian Ajmal pula berjaya menaikan seekor tetanda. hanya Aidil yg belom menaikan apa2 hasil setakat ini.

(Ajmal bersama tetanda)

X lama selepas itu... aku berjaya menaikan seekor tetanda saiz 'baby'. kemudian aidil n ajmal diganggu dgn kehadiran sang sesirat.
(arz one dgn tetanda)

kemudian aku dibalas lg dgn seekor gerut2 saiz sederhana. lpas tu da xde ikan kaco umpan... ape lg kami wat keputusan utk berpindah ke lokasi kedua...

(arz one dgn gegerut)

Di lokasi kedua ini, aku berjaya menaikan seekor blukang yg besar dlm anggaran 1kg. ikan itu dilepaskan semula. Tba2 kail pancing Ajmal tersangkut di dasar. ajmal menarik dgn berhati2. akhirnya joran itu patah juga. terpksa la ajmal mengharapkan sebatang joran yg masih ada. kelihatan mood ajmal mula terganggu akibat insiden itu. maklumlah pancing patah... kami mula kebosanan kerana tiada respon ikan meragut umpan, kami berpindah ke kelong hafis pula. kali ini aku mengambil alih mengemudi enjin sampan.

(kedudukan sangkar ikan di kelong)
(kelong hafis)

setelah sampai, tanpa membuang masa Aidil melabuhkan sauh. aku mencuba nasib dgn menggunakan umpan udang hidup. byk gelama n duri dinaikan disini dlm saiz yg kecil. tba2 hujan mulai lebat. kami mengambil keputusan utk berteduh di kelong hafis. kami dipelawa dgn penuh hormat oleh Hafis yg kebetulan berada di kelong itu.

(berteduh di kelong hafis dr hujan lebat. kelihatan pancing Ajmal yg patah)

aku mengambil keputusan utk terus memancing atas kelong itu. di sini aku berjaya menaikan seekor belukang seberat 1kg serta beberapa ekor ikan gelama n duri. Ajmal n Aidil kelihatan kehilangan mood utk memancing. mybe sbb hujan dan baju pon da basah kuyup. apabila Aidil tgk aku byk menaikan ikan di sini Aidil pon mengambil peluang ini memancing... hasil yg ada cuma gelama, duri n daun baru. Setelah hujan mulai reda... kami meminta izin kepada hafis utk meneruskan hajat kami utk memancing di tempat lain... kami memancing di selekoh sungai dimana arus air agak lemah di kawasan itu serta byk pokok2 mati di tebing2 sungai. ini adalah satu keadaan spot mancing yg baik. Akhirnya aidil berjaya menaikkan seekor ikan merah suman seberat 500g. tersenyum lebar aidil ni.

(Aidil bersama merah suman)
(merah suman)

Kemudian aku dikejutkan oleh ragutan yg kuat dr dasar sungai... pancing aku ditarik keras kerana aku mggunakan set yg ringan. akhirnya aku berjaya menaikan seekor ikan tetanda. 

(aRz oNe dgn tetanda)

sekali lg pncing aku diragut lebih kuat dr td... agak kasar sedikit. akhirnya aku berjaya menaikan seekor tetanda juga. cuma yg ni besar skit dr td...

(arz one dgn tetanda kedua)

x lama kemudian ikan mulai senyap. sesirat n buntal pula byk yg mgganggu. dengan pendaratan sesirat yg terakhir, kami mengambil keputusan utk pulang. sauh diangkat dan enjin dihidupkn. baru beberapa meter bergerak tiba2 enjin terlnggar sesuatu. sampan plak x dpt bergerak walupon minyak ditekan. kipas enjin diperiksa. pin rod dlm kipas telah rosak. kami tiada kemahiran membaiki enjin. terpksa mengmbil keputusan utk mendayung. kami berdayung berlawanan arus. letih tu mmg letih. tp apa leh wat... nasib...

setelah lama mendayung, kami semua kepenatan dan menunggu utk meminta pertolongan. Akhirnya ada pemancing yg kebetulan hendak pulang ke jeti yg lain membenarkan sampan kami ditunda hingga ke jeti kami.

(sampan ditunda kerana kerosakan enjin)

sebagai penghargaan kami ingin menyerahkan semua minyak enjin yg ada. tp ditolak baik oleh pemancing tersebut. sungguh baik hati. akhirnya kami dpt pulang dgn selamat dan enjin tersebut dihantar utk dibaiki...

(hasil kami pd trip kali ini)

2 ulasan:

  1. Biasa lau pin tu patah, saya letak paku je.. huhuhuhu nasib korang laa...

    BalasPadam
  2. Tumpang tanya dimana boleh saya dapatkan anak ikan belanak hidup

    BalasPadam

Ketengahkan pendapat, tunjuk ajar, pandangan serta kritikan anda disini :)